Suatu hari, Ali dan Abu dalam perjalanan pulang ke universiti mereka yang terletak di Kuala Lumpur. Bas berhenti di R&R Tapah untuk solat zuhur.
Ketika sedang solat, telefon Ali berbunyi dengan kuat sekali . Kedengaran lagu Mr. Simple tatkala ramai jemaah sedang menunaikan solat.
Selesai solat,...
Abu, "fon hang bunyi kuat kut tadi, aku sembahyang pun tak khusyuk, dahla lagu tah apa2,..kalau bunyi kring2 ja tak pa la jugak.."
Ali, "mana aku nak taw, tiba2 kawan aku call, hang pun tak peringat aku suruh silent fon
........ Ceh, macam la selama ni hang sembahyang khusyuk..."
Abu, "khusyuk kot...nasib baik ada tok imam, kalau tak mesti aq lupa dah bapa rakaat aq sembahyang"
__________________________________________________
Sapa yang bersalah ?
A. Ali ; tidak silentkan fon
B. Ali ; set kan lagu Mr. Simple
C. Abu ; tidak peringatkan Ali
_________________________________________________
Maksud khusyuk dalam solat.
1. melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah,. Bagaimana ? yang dilakukan dengan anggota badan dan hati.
2. menjaga syarat, rukun dan adab2 solat dengan sempurna
Tapi....
perlukah kita khusyuk dalam solat ?
"قد افلح الموءمنون.......اللذين هم في صلا تيهم خشعون"
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman... (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
(Al-Mukminun, 23 : 1-2 )
***************************************
Apakah syarat solat ? apa pula rukun solat ? solat pun ada adab ke ?
No comments:
Post a Comment