Sesiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sesiapa yg hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya." (Riwayat al Bukhari)
__________________________________________________________________
"Ikhlas adalah isu kerohanian yg sukar ditunaikan. Bukan sahaja orang jahil, tetapi juga orang alim gagal menanganinya."
Hadis Nabi :
"Orang awal yg dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang yg mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid."
Allah berkata, "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau mahu dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan kepadamu."
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yg lain yg mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al Quran kerana-Mu"
Allah berkata, "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya dikatakan alim dan engkau baca al Quran supaya engkau dipanggil Qari. Itu telahpun dikatakan padamu."
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-Mu."
Allah berkata,"Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu."
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka." (riwayat Muslim)
________________________________________________________________
Kisah ini pula disampaikan oleh brother usrah aku.
"Satu hari, masa tu baru lepas sembahyang Jumaat. Dah jadi kebiasaan, lepas imam bagi salam ja, terus 'chow' balik rumah. Aku pun ingat nak 'chow' jugak, sebab petang tu ada kelas ganti pukul 3, tapi lepas tengok pintu masjid penuh dengan orang, aku pun rilek2 la dulu. Wirid dengan tok imam, pastu doa.Dah doa semua settle dah, salam2 dengan jemaah lain, aku pun nak gerak la. Tapi, pintu masjid masih lagi penuh dengan manusia. Biasalah, masjid kat Beijing ni kecik ja, tak macam Malaysia. Tiba-tiba lahirlah rasa nak sembahyang sunat. Di ruang kecil hati berkata, "bukan selalu mai masjid, seminggu sekali ja, ambik la pahala iktikaf banyak-banyak. Minggu depan tak taw boleh mai lagi ka dak"
Makanya, aku pun solat sunat dua rakaat lah dulu....
Pastu, aku pun get ready la nak gerak. Dah pakai kasut apa semua dah, aku pun jalan la nak keluar masjid. Niat nak sedekah, biasalah, hari Jumaat...( hari lain tak sedekah pulak?) seluk-seluk poket, keluarkan dompet, tengok-tengok ada duit 100 CNY (RM50) dua keping, 50 CNY (RM 25) tiga keping, 1 CNY (RM 0.50) lima keping.
Agak-agak aku ambik yang mana?
Yeah ! Aku ambik yang 1 CNY tu la.. Bagi kat pakcik pengemis tu.
Namun, segalanya berubah lepas aku nampak seorang lelaki tua ni......
Apa dia buat? Dia bawak keluar dompet dia. Aku ter'usha' jugak dompet dia tu, banyak jugak la duit,. Dia pejam mata, pastu seluk ja duit mana yg dia pegang dalam dompet dia tu, dia keluarkan, bagi kat pengemis.
Bukan sorang, tapi semua pengemis dia buat macam tu.. Seingat aku ada dalam lima orang pengemis haritu. Dah habis sedekah, dia senyum jaa, pastu simpan dompet dia.
Aku pun pi la buat mesra dengan dia,. tanya dia, sebab apa pakcik tutup mata masa sedekah tadi?
Dia senyum jaa, pastu cakap,
"pakcik takut, kalau pakcik tengok duit yang pakcik nak sedekahkan tu, pakcik jadi teragak-agak nak sedekah. Kalau duit kecik mungkin pakcik terus bagi, kalau duit besar, pakcik takut niat pakcik nak sedekah tadi dah berubah."
Dengar pakcik tu cakap, aku pun sentap la beberapa hari sampai ke Jumaat minggu depan dengan harapan nak sedekah macam pakcik tu.
"Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering"
Sebagai pelajar, apakah kita ikhlas menuntut ilmu selama ini?
"Moga Allah curahkan keikhlasan dalam nurani ini"
No comments:
Post a Comment