Wednesday, February 25, 2015

Kembara di dunia bagaikan mimpi


"Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah hiburan dan permainan ; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui hakikat itu" (al 'Ankabut , 29 : 64)

Mimpi.


Untung sabut mimpi seronok, dapat duit,  bahagia, gembira.

Tak untung, mimpi x seronok, sedih, menangis dalam mimpi, mimpi terjun bangunan, bangun-bangun jatuh katil.

Namun...

Mimpi seronok atau sedih, bahagia atau derita, semuanya tamat setelah kita tersedar dari dibuai mimpi tersebut. Segalanya hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan.  (Lainlah kalau mimpi jatuh katil, mimpi sampai kencing dalam seluaq, bukan yg tu maksudnya.)

Mimpi dapat duit, bangun-bangun, ada ka duit kat tangan?

Mimpi makan nasik kandaq, ada ka bau kari kat tangan?

Jadi, segala yg 'dimimpikan' hanya setakat dalam mimpi sajalah. Bangun tidur, kembali pada realiti asal.

Macam tu lah dunia.

Mungkin dekat dunia, kita hebat, ramai orang hormat kita, Allah tutup aib kita, kita banyak harta, kita boleh buat apa yg kita suka.

Jadi bila kita akan sedar dari mimpi ni? Pabila Malaikat Maut menjemput kita.

Tiada lagi pangkat, jawatan, harta.. Yang dibawa cuma dosa dan pahala. Masa tu baru kita tahu siapa kita di sisi Sang Pencipta.

Bahagia & sengsara dunia hanya mimpi sementara.

Sabda Baginda :

"Pada hari kiamat, dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yg menjadi ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya, 

"Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan ? Pernah engkau mendapat kenikmatan?"

Jawabnya, "Tidak! Demi Allah wahai Tuhanku !"

Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yg menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya, 

"Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernah engkau mengalami kesusahan?"

Jawabnya, "Tidak! Demi Allah wahai Tuhanku! Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan" (riwayat Muslim)

Segala kebahagiaan yg dinikmati di dunia, hilang begitu sahaja, hanya dengan sekali celupan ke dalam neraka.

Segala derita kearah menuju ke jalan yg diredhai-Nya, juga hilang begitu sahaja, hanya dengan sekali celupan ke dalam syurga.

"bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"

Anda yang menentukan jalan anda. Jika kita membandingkan panas dunia amatlah kecil berbanding panasnya neraka, maka boleh juga kita bandingkan nikmat dunia amatlah kecil berbanding nikmat syurga.

Samada azab neraka yg menghapuskan nikmat dunia, atau nikmat syurga yg menghapuskan azab dunia.

"Tidak ada indahnya kehidupan, intinya cuma berisi ingatan kematian dan usia tua."

26 feb, winter break lagi
idea asal : dr maza












No comments:

Post a Comment