Saturday, February 28, 2015

Amalan beberapa ayat dan surah khusus (bahagian 1)

Sedikit perkongsian mengenai beberapa amalan ayat dan surah khusus. Harus diingatkan, kita hanya berusaha, Allah yg menentukan.

Minggu depan result SPM akan keluar. Maka pelajar spm 2014 secara tidak langsung akan meningkatkan hubungan dengan Allah. Bertawakal.

Tapi, tawakal itu ialah berserah segalanya pada Allah setelah berusaha sebaik mungkin.

Kalau x ambek SPM, macam mana nak dapat result SPM?
Kalau kerja malas, lepas tu doa dekat Tuhan supaya duit turun dari langit, memang tak dapat la.
Kalau belajar malas, pastu doa nak dapat result padu2, memang tak dapat la.. tapi kadang kala, ada jugak orang camni... *mungkin itu ujian baginya..samada dia taati atau mungkiri ujian itu

Berbalik pada tajuk asal, aku nak share sikit amalan ayat2 ni..tapi kena ingat la, jangan kita mintak tak dimakan harimau tapi masuk ke kandang singa.

Contohnya, baca 10 kali surah al Ikhlas, akan dibina sebuah istana di syurga.

jangan pulak dok baca surah tu ja, tapi tak sembahyang, tak baca al Quran dah, tak hormat ibu bapa,. gi mana mahu masuk ke syurga?

baca surah al Falaq 3 kali untuk perlindungan daripada perkara tak diingini, tapi bawak moto/kereta kat jalan raya macam 'lanjioo'., men celah ikut suka, bawak laju palu2..... tak leh jugak gitu.

Jadi, saya ingin mengajak kalian bersama-sama memperbaiki diri kita di samping mengamalkan antara ayat2 dan surah khusus ini, moga bermanfaat, inshaAllah.




Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus
1. Surah al Ikhlas
-menyamai satu pertiga al Quran
-dibaca 10 kali akan dibina istana di syurga

2. surah al Falaq & surah an Nas
-dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini

3. ayatul Kursi ( al Baqarah, 2: 255 )
-pahalanya menyamai satu perempat al Quran
-dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga
-setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat

4. membaca "بسم الله الرحمن الرحيم"
 -dibaca 21 kali sebelum tidur sebahagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut,  kecurian, kebakaran dan lain-lain. insya Allah

5. membaca surah al Fatihah
-dibaca 20 kali setiap kali selepas solat fardu merupakan amalan para solehin.
-InsyaAllah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada sebarang keburukan dan sebagainya.
*boleh baca 100x sekaligus jika sukar diamalkan setiap kali lepas solat

6. Surah al-Rum, 30 : 17-19
-akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan pada waktu siang dan malam.

"Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (daripada sekalian makhluk-Nya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepada-Nya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu Zuhur.

Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, serta menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan dari kubur.




Wednesday, February 25, 2015

Kembara di dunia bagaikan mimpi


"Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah hiburan dan permainan ; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui hakikat itu" (al 'Ankabut , 29 : 64)

Mimpi.


Untung sabut mimpi seronok, dapat duit,  bahagia, gembira.

Tak untung, mimpi x seronok, sedih, menangis dalam mimpi, mimpi terjun bangunan, bangun-bangun jatuh katil.

Namun...

Mimpi seronok atau sedih, bahagia atau derita, semuanya tamat setelah kita tersedar dari dibuai mimpi tersebut. Segalanya hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan.  (Lainlah kalau mimpi jatuh katil, mimpi sampai kencing dalam seluaq, bukan yg tu maksudnya.)

Mimpi dapat duit, bangun-bangun, ada ka duit kat tangan?

Mimpi makan nasik kandaq, ada ka bau kari kat tangan?

Jadi, segala yg 'dimimpikan' hanya setakat dalam mimpi sajalah. Bangun tidur, kembali pada realiti asal.

Macam tu lah dunia.

Mungkin dekat dunia, kita hebat, ramai orang hormat kita, Allah tutup aib kita, kita banyak harta, kita boleh buat apa yg kita suka.

Jadi bila kita akan sedar dari mimpi ni? Pabila Malaikat Maut menjemput kita.

Tiada lagi pangkat, jawatan, harta.. Yang dibawa cuma dosa dan pahala. Masa tu baru kita tahu siapa kita di sisi Sang Pencipta.

Bahagia & sengsara dunia hanya mimpi sementara.

Sabda Baginda :

"Pada hari kiamat, dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yg menjadi ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya, 

"Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan ? Pernah engkau mendapat kenikmatan?"

Jawabnya, "Tidak! Demi Allah wahai Tuhanku !"

Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yg menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya, 

"Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernah engkau mengalami kesusahan?"

Jawabnya, "Tidak! Demi Allah wahai Tuhanku! Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan" (riwayat Muslim)

Segala kebahagiaan yg dinikmati di dunia, hilang begitu sahaja, hanya dengan sekali celupan ke dalam neraka.

Segala derita kearah menuju ke jalan yg diredhai-Nya, juga hilang begitu sahaja, hanya dengan sekali celupan ke dalam syurga.

"bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"

Anda yang menentukan jalan anda. Jika kita membandingkan panas dunia amatlah kecil berbanding panasnya neraka, maka boleh juga kita bandingkan nikmat dunia amatlah kecil berbanding nikmat syurga.

Samada azab neraka yg menghapuskan nikmat dunia, atau nikmat syurga yg menghapuskan azab dunia.

"Tidak ada indahnya kehidupan, intinya cuma berisi ingatan kematian dan usia tua."

26 feb, winter break lagi
idea asal : dr maza












Ikhlas

"Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.

Sesiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sesiapa yg hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya." (Riwayat al Bukhari)

__________________________________________________________________


"Ikhlas adalah isu kerohanian yg sukar ditunaikan. Bukan sahaja orang jahil, tetapi juga orang alim gagal menanganinya."


Hadis Nabi :

"Orang awal yg dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang yg mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. 

Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid."
Allah berkata, "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau mahu dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan kepadamu."

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yg lain yg mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri.

Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al Quran kerana-Mu"
Allah berkata, "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya dikatakan alim dan engkau baca al Quran supaya engkau dipanggil Qari. Itu telahpun dikatakan padamu."

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri.

Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-Mu."
Allah berkata,"Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu."

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka." (riwayat Muslim)
________________________________________________________________


Kisah ini pula disampaikan oleh brother usrah aku.

"Satu hari, masa tu baru lepas sembahyang Jumaat. Dah jadi kebiasaan, lepas imam bagi salam ja, terus 'chow' balik rumah. Aku pun ingat nak 'chow' jugak, sebab petang tu ada kelas ganti pukul 3, tapi lepas tengok pintu masjid penuh dengan orang, aku pun rilek2 la dulu. Wirid dengan tok imam, pastu doa.

Dah doa semua settle dah, salam2 dengan jemaah lain, aku pun nak gerak la. Tapi, pintu masjid masih lagi penuh dengan manusia. Biasalah, masjid kat Beijing ni kecik ja, tak macam Malaysia. Tiba-tiba lahirlah rasa nak sembahyang sunat. Di ruang kecil hati berkata, "bukan selalu mai masjid, seminggu sekali ja, ambik la pahala iktikaf banyak-banyak. Minggu depan tak taw boleh mai lagi ka dak"

Makanya, aku pun solat sunat dua rakaat lah dulu....

Pastu, aku pun get ready la nak gerak. Dah pakai kasut apa semua dah, aku pun jalan la nak keluar masjid. Niat nak sedekah, biasalah, hari Jumaat...( hari lain tak sedekah pulak?) seluk-seluk poket, keluarkan dompet, tengok-tengok ada duit 100 CNY (RM50) dua keping, 50 CNY (RM 25) tiga keping, 1 CNY (RM 0.50) lima keping.

Agak-agak aku ambik yang mana?

Yeah ! Aku ambik yang 1 CNY tu la.. Bagi kat pakcik pengemis tu.

Namun, segalanya berubah lepas aku nampak seorang lelaki tua ni......

Apa dia buat? Dia bawak keluar dompet dia. Aku ter'usha' jugak dompet dia tu, banyak jugak la duit,. Dia pejam mata, pastu seluk ja duit mana yg dia pegang dalam dompet dia tu, dia keluarkan, bagi kat pengemis.

Bukan sorang, tapi semua pengemis dia buat macam tu.. Seingat aku ada dalam lima orang pengemis haritu. Dah habis sedekah, dia senyum jaa, pastu simpan dompet dia.

Aku pun pi la buat mesra dengan dia,. tanya dia, sebab apa pakcik tutup mata masa sedekah tadi?

Dia senyum jaa, pastu cakap,

"pakcik takut, kalau pakcik tengok duit yang pakcik nak sedekahkan tu, pakcik jadi teragak-agak nak sedekah. Kalau duit kecik mungkin pakcik terus bagi, kalau duit besar, pakcik takut niat pakcik nak sedekah tadi dah berubah."

Dengar pakcik tu cakap, aku pun sentap la beberapa hari sampai ke Jumaat minggu depan dengan harapan nak sedekah macam pakcik tu.

"Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering"

Sebagai pelajar, apakah kita ikhlas menuntut ilmu selama ini?

"Moga Allah curahkan keikhlasan dalam nurani ini"







Monday, February 23, 2015

MAKANAN PANAS SEDAP!!!



Duduk menunggu makanan di satu restoren Hot Mas pada satu malam,saya lihat ada makanan yg dihantar ke meja pelanggan dg keadaan mendidih dan pan.Ini macam satu keistimewaan restoren ini.Tapi saya terfikir hadis nabi 
"Makanan itu tidak boleh dimakan kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. "   ( HR. Baihaqi) .
Malah dalam hadis lain nabi menyebutkan bahawa makanan yg panas tidak ada kebaikan., 
" Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan (Malah mudarat kepada kesihatan) pada makanan atau minuman yang panas. "
 (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).
Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad,
 "Nabi S.A.W tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, 
" Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad). 
Dalam hadis yg lain diceritakan oleh Anan b Malik nabi dijemput makan daging bakar yg masih panas,baginda tidak memakannya.

Kesimpulannya 

makanan tidak boleh dimakan ketika masih panas,walaupun mungkin banyak orang berkata bila dah sejuk tidak sedap.Tetapi kita lihat kini trend makan panas ini berleluasa tanpa menghirau hadis nabi.Makanan dihidang terus dlm hot pan, steamboat,barbecue,grill hingga bawa dapur ke atas meja.
Saya pernah berbual dengan seorang doktor di bidang barah,dia mengatakan kebarangkalian tinggi kenser usus terjadi disebabkan makan makanan panas.Saya hanya memperingatkan apa yg nabi pesan,dan sesungguhnya apa yg nabi sebut adalah benar.Hujah sedap adalah hujah nafsu sedangkan makan bukan bertujuan kerana sedap. Teknik makanan panas ini kebanyakan dari bukan Islam yg meletakkan sedap sebagai tujuan,sedangkan kita muslim tidak boleh sedemikian.
Ada juga orang suka minuman panas,yg dihembus utk sedikit menyejukkan.
Hadis nabi,
  “Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”. (HR. At Tarmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).
Meniup minuman panas adalah dilarang nabi kerana kajian menunjukkan penggabungan karbon dioksid dari hembusan dg wap air yg menghasil asid.Sekali lagi menunjukkan betapa nabi melarang minuman yg panas.Minumlah pada kadar kepanasan yg tak perlu dihembus.Tabiat ibu ibu yg meniup makanan untuk disuap kpd anak kecil juga patut dihentikan berdasar hadis ini.Ambillah kaedah lain utk menyejukkan makanan dan minuman.
Mungkin kita nak makan nasi goreng dlm belanga,daging bakar dlm hot pan,mee goreng dlm tempurung,aiskerim dlm pasu,air dalam balang,nasi dlm daun pisang,ayam dlm buluh,makanlah,nabi tak tegah cuma ada yg janggal pada budaya saja.Ini ok,selagi anda boleh telan.
Berubahlah kpd yg lebih baik iaitu mentaati rasul.Kita boleh mengemukan seribu hujah dan alasan kerana nafsu,tetapi ingatlah dipenghujung hidup,bila ditimpa berbagai penyakit,akhirnya kita kena akur bahawa apa yg dibawa nabi adalah benar.

Share@copy dg berhemah-penulis ABD GHANI HARON

Imam Syafie



"Tidurku adalah ibadah

jagaku adalah zikir, 

dan rehatku adalah iktikaf" 
                                                     ~Imam Syafie

Saturday, February 21, 2015

Dr. MAZA

Renungilah alam dengan pancaindera yg dalam,
tilikkan kejadian dgn merenung kebesaran Tuhan,
carilah hikmah dalam segala kerenah dan susah,
nescaya dalam pasrah kau temui keindahan Allah.

dengan naluri murni kau perhatilah semesta ini,
ada rahsia yg tidak nyata bagi mata si buta jiwa,
ada isi yg tidak didengari telinga si tuli nurani..

Jika masih kau gagal mengerti,
bangunlah di malam sunyi bertanya Ilahi
basahlah lidah dengan zikrullah yg melimpah
jangan kau pudar dari istighfar
jangan kau gagal merasa manis tawakal

kemudian…
lihatlah dunia ini dari mata kaum sufi yg hakiki
nescaya kau sedari bahwa selama ini hanya mimpi,
belum kau temui erti di sebalik erti,
telusurilah maqam fana yang tinggi,
dan menetaplah di maqam baqa yg suci,
nescaya tersingkap banyak maknawi
lantas kau temui banyak erti.

Tuesday, February 17, 2015

Khusyukkah solat kita?

Suatu hari, Ali dan Abu dalam perjalanan pulang ke universiti mereka yang terletak di Kuala Lumpur.   Bas berhenti di R&R Tapah untuk solat zuhur.

Ketika sedang solat, telefon Ali berbunyi dengan kuat sekali . Kedengaran lagu Mr. Simple tatkala ramai jemaah sedang menunaikan solat.

Selesai solat,...

Abu, "fon hang bunyi kuat kut tadi, aku sembahyang pun tak khusyuk, dahla lagu tah apa2,..kalau bunyi kring2 ja tak pa la jugak.."

Ali, "mana aku nak taw, tiba2 kawan aku call, hang pun tak peringat aku suruh silent fon
........ Ceh, macam la selama ni hang sembahyang khusyuk..."

Abu, "khusyuk kot...nasib baik ada tok imam, kalau tak mesti aq lupa dah bapa rakaat aq sembahyang"



__________________________________________________

Sapa yang bersalah ?

A. Ali ; tidak silentkan fon
B. Ali ; set kan lagu Mr. Simple
C. Abu ; tidak peringatkan Ali

_________________________________________________

Maksud khusyuk dalam solat.

1. melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah,. Bagaimana ? yang dilakukan dengan anggota badan dan hati.
2. menjaga syarat, rukun dan adab2 solat dengan sempurna

Tapi....

perlukah kita khusyuk dalam solat ?

"قد افلح الموءمنون.......اللذين هم في صلا تيهم خشعون"

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman... (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.

(Al-Mukminun, 23 : 1-2 )

***************************************

Apakah syarat solat ? apa pula rukun solat ? solat pun ada adab ke ?






Motivasi yang dirembat dari mana2

"When Shaytaan tempts you to sin, think of 3 things :

1. Death

2. Allah is watching

3. Angels are recording"
________________________________________________




"Worrying is stupid. It's like walking around with an umbrella waiting for it to rain."- Wiz Khalifa
________________________________________


"Life is like a book. 
Some chapters sad,
some chapters happy,
and some chapters exciting,

But...

if you never turn the page, you will never know what the next  chapter holds."
_____________________________________________






Monday, February 16, 2015

الحديث

                                                



lepas kena ngan bro john haritu, aku pun buat la revision sikit.
Aku tak rasa aku sorang ja yang lupa, jadi aku share la untuk kawan2 sekali.,hihi.

Sumber ?
1.Buku rujukan Quran Sunnah.
2.Al Quran : Al Hidayah House of Quran

baca la kalau ada masa, takot2 kena kantoi dengan saudara baru macam aku kena pulak nanti.. haha

Hadis, الحديث : 

1. Mutawatir
a) lafzi
b) maknawi

2. Ahad 
a) Masyhur
b) Aziz
c) Gharib
______________________________________

Hadis Mutawatir

-Hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi atau sanad yang ramai.
-pada adatnya, adalah mustahil untuk mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis Rasulullah s.a.w.

tapi, berapa ramai perawi yg dimaksudkan dengan ‘sejumlah perawi’ ?

________________________________________________________________


Pendapat ulama :

1). 4 orang ; saksi zina sekurang-kurangnya 4 orang,

Surah An-Nur, 24 : 13 ,

“Mengapa mereka (yang nyata menuduh itu) tidak datang membawa 4 orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang yang berdusta.”

____________________________________________________

2) 5 orang ; sumpah lian dilakukan 5 kali,

Surah An-Nur, 24 : 6 & 7,

“Dan orang yang menuduh isterinya berzina, padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu masing-masing ialah 4 kali bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa sesungguhnya dia termasuk dalam orang yang berkata benar.”

“Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya, jika dia termasuk orang yang berdusta”
____________________________________________________

3) 20 orang :

Surah Al-Anfal, 8 : 65,

“Wahai Nabi! Kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar dalam kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh…”
____________________________________________________

4) 40 orang ; jumlah umat Islam seramai 40 orang ketika Saidina Omar al-Khattab masuk Islam

Surah Al-Anfal, 8 : 64

“Wahai Nabi ! Cukuplah Allah sebagai pelindung bagimu dan bagi orang mukmin yang mengikutimu”

_________________________________________________________________


Syarat hadis mutawatir :
  1. Diriwayatkan perawi yang ramai
  2. Bilangan perawi yang ramai, mencapai satu tahap dimana mustahil pada adat mereka berpakat mendustakan Rasulullah.
  3. Jumlah perawi seimbang pada setiap tabaqat (peringkat)
  4. Hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan
___________________________________________________________

Hadis Ahad

-hadis yg diriwayatkan oleh seorang/dua orang/ lebih perawi ,
-yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis mutawatir.



SPM 2012, masuk 2015 macam tak belajaq apa2

Kisahnya, dulu SPM ambek Quran Sunnah, erti kata lain, ulum Quran, ulum hadis, tamadun Islam semua pernah belajaq laa..

tapi...

hari tu masa join Interactive Dakwah Training (http://interactivedawah.com) dekat Wangsa Maju,
....................

di pagi subuh yang indah di celah2 kesibukan bandaraya,..

setelah selesai solat subuh berjemaah......




...............................................
Brother Johan bertanya,..

"tahu apa beza hadis mutawatir dengan hadis ahad?"
"dulu belajar, skrg lupa.."
"ayooo .!!tapa, saya boleh ajar you..you pakai smartphone ka?"
"ya, pakai"
"ada download apps hadis ka?"
"ada.. "
"ada baca ka?"
"..ada ....sikit2 saja...."
"sikit2 apa guna maaaa..bila lagi mau baca..?."
#deep #sentap











Tapi, tak mengapalah, daripada dok stay selesa, sekali kena dengan brother ni, baru sedar sikit tahap mana ilmu hadis dalam diri ni.

*bro john ni, baru setahun peluk Islam. Kita ? hihi

Sunday, February 15, 2015

Belum bersedia untuk berdakwah?


"بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً"


‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

_____________________________________________

"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. "

"Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya.

Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
                                                                                                                                                                                           (Al Taubat, 9:71)
__________________________________________________

Suatu hari di sebuah kedai mamak, Ali dan Abu sedang menggunakan wifi. Masing2 sedang khusyuk melihat fon masing2.

Ali yg sedang ber'facebook' sedang sibuk scroll wall facebook, lalu ternampak Abu share status daripada Angel Pakai Gucci.

Ali :"Aku tengok hang ni selalu share benda2 dakwah, tapi tengok hang tak lah power sangat pun, ilmu agama pun aku rasa, aku lagi hebat,.. "

Abu terdiam seketika, berfikir sejenak.,lalu berkata..

"Hang naik keta apa?"

"Myvi ja, besa la student.."

"Apa beza Myvi dengan Mercedes?"

Ali menjawab, "Mercedes mahai, mesti la lagi sedap "

Abu : "Tapi dua2 function sama ja kan? Untuk dipandu, betoi dak?"

Ali : "Memang la,.. kalau tak dipandu, Myvi ka, Mercedes ka jadi besi buruk la"

Abu : " So, kalau ada kereta, kita kena bawak la kan? Kalau tak mereput camtu ja la kan?"

Ali :" Yeah ! thats right "

*Mamak mengambil order.
___________________________________________________

"Camni  Ali, kalau hang nak naik kereta lah kan, minyak kereta hang selalu full ka?"

Ali, : "Tak pun, selalu dok tengah2 la.. kalau pak aku isi, baru full"

Abu, : "So, asal ada minyak , hang boleh naik lah kan? kira boleh bawak la keta tu, betoi dak?"

Ali : "Mesti la boleh, janji jangan tank kosong la,..kalau simbol tank tu pun dok kelip2ja,.takot sangkut tengah jalan, tak pasai ja kena panggil lori nak tarik, kena duit pulak..(tersengih)...

Abu : "kalaulah masa hang dok bawak keta (yang minyak x full tank) tu balik kampung, pastu dah separuh jalan, minyak nak habis, apa hang buat?"

Ali: "Pi la cari Petronas ka, Shell ka, nak isi minyak,...lepas isi, sambung la balik perjalanan sampai kampung"

*Mamak menghantar dua gelas teh tarik.

____________________________________________

Abu : "So, kita kena jadi ustad dulu ka baru boleh berdakwah?"

Ali : "hmmmmm....tak paham..." *sambil menghirup the tarik.

Abu : 

"ada ilmu sikit ka banyak ka, kita share, kita dakwah. Kalau dah sampai tengah jalan, rasa ilmu tak cukup, banyak2 la pi majlis ilmu, kerap2 la jumpak ustad2 ni. Pastu dah banyak ilmu tu, jangan stop tengah jalan, teruskan,"

"hang nak balik kampung cuti raya cina, minyak kereta tak full, takkan hang tak balik kampung kot? Sedangkan ada banyak stesen minyak on the way balik kampung tu "

Ali : "Kalau tak amek exam, macam mana nak dapat result exam..Kalau tak mandi kolam, macam mana nak belajaq berenang"

Abu : "Mandi la sungai ka, laut ka " *sambil tersengih.

______________________________________________

"Myvi ka, Mercedes ka......
Tadak minyak takleh jalan jugak....
Tapi.........
Ada minyak pun, tadak driver, apa guna maaa????"



"Barangsiapa mengkehendaki kesenangan kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami tentukan baginya neraka Jahannam ; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

Dan barangsiapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang yang usahanya dibalas dengan baik."

Al-Isra', 17 : 18-19
________________________________________________

"Jangan takot untuk berdakwah. Yakin Allah permudahkan urusan."

"Kepada masing-masing golongan, baik golongan yang menginginkan dunia mahupun yang menginginkan akhirat, Kami berikan bantuan daripada kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.

"Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka ke atas sebahagian yang lain. Dan pasti kehidupan akhirat lebih besar keutamaannya."

          __________________________________________(Al-Isra', 7 : 21)









Sunday, February 8, 2015

Hari ini dan semalam, jadi hari esok itu sendiri boleh paham.

Ada hari kita happy, ada hari kita sedih
Ada hari kita berjaya, ada hari kita gagal.

Macam tu la kehidupan. Ada naik ada turun.


_____________________


Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tak kisahlah kesilapan kecil atau besar, tapi yang penting, bagaimana manusia belajar daripada kesilapan tersebut.

Yang menjadi masalah sekarang ialah tak pernah belajar daripada kesilapan tu. Biar lah sekecil mana pun salah tu, amek ja pengajaran, nanti tak ulang dah.

Benda salah buat apa nak diulang.

"those who forget the past are doomed to repeat it"- George Santayana
_____________________________________

"hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini"

kalau kita pegang hadis ni, komfen la makin hari makin baik.

Hari ni joging 1 round, esok 2 round, lusa 3 round, tulat 4 round ... and soon laaaa..

So, stamina bertambah dari hari ke hari.

Hari ni 1 round, esok setengah round, lusa suku round, tulat? hancussss...

______________________________________________________

Biar salah kita sikit, janji kita belajar dan ambil iktibar. Jangan buat salah pastu rasa diri ego, betul setiap masa. Minta ampun minta taubat. Salah dengan manusia minta maaf, salah dengan Allah mohon taubat.

Kita kadang rasa malu nak mohon maaf ni, tak macho la, jatuh saham laa..tapi, biar saham jatuh lima minit daripada saham jatuh selamanya.

"Yesterday is history , tomorrow is mystery , and today is a gift"

hari ni aku lupa pada sejarah, hari ni aku rasa tak dak improvement daripada semalam. Tak pa, usaha lagi. 加油!


~Sunday,









Tuesday, February 3, 2015

Memohon taubat.

Siapa kita untuk tidak bertaubat?

Menyambung kisah Nabi Adam pada tulisan yg lepas, (http://aimanabdaziz.blogspot.com/2015/02/janji-kita-dan-janji-iblis-memulakan.html), kita teruskan dengan ayat yang seterusnya.

___________________________________________________________________


"Keduanya berkata,
"Ya Tuhan kami ! Kami telah menganiayai diri diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang yang rugi."

Allah berfirman, "Turunlah kamu sekalian ! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan ( tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan."

Allah berfirman : "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati dan bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan."

---------------------------------------------------------------------------------Al-'Araf, 23-25

Nabi Adam dan isterinya Hawa terus berdoa kepada Allah atas kesalahan mereka. Allahu..
Maka bermulalah kejadian manusia di muka bumi ini.....

Bab taubat

Kita mulakan dengan kesalahan kita dengan Allah.

Dari Abu Hurairah ra. berkata : " Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda ; "Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali setiap harinya".
( riwayat Bukhari )

________________________________________________________________________

Nabi yang maksum pun bertaubat. Kita ni? Udahle pahala tak banyak, buat dosa pulak tu. Umpama menambah angka negatif kepada nombor negatif. 

-1+(-1)= -2
-2+(-1)=-3

Apa maksudnya? Maknanya, kalau dah pahala sikit, kena la banyak2 buat amal kebajikan. Kalau tak mampu buat amal kebajikan, jangan pulak buat dosa.

Umpamanya , andai anda ada RM 3. Kalau tak mampu nak tambah duit tu, janganlah pi kurangkan duit tu.

OK, jelas?
...............................................................

Hadis menyatakan bahawa nabi beristighfar lebih 70 kali setiap harinya.
Boleh tak kalau kita sekali istighfar, terus 70 kali? Boleh....

Tapi..........

Berapa ramai yang mampu kekalkan momentum tersebut? Berapa lama momentum itu dapat dikekalkan? Berapa ramai yang mampu istiqamah?

Makanya, saya di sini menCADANGKAN, bagaimana jika kita istighfar selepas solat?

1 hari, 5 X solat.

1 X solat, 10 X istighfar
5 X solat, 50 X istighfar.
...........

Cukup dak?

tak cukup....

woi kamon laa...!!!Nabi maksum kot. Baginda istighfar 70 kali. Takkan kita nak buat kurang daripada amalan nabi kot.

So cemana?

Kalau nak kekalkan momentum 1 X solat, 10 X istighfar. Camna nak buat?
................

Tambahla dengan solat sunat.

Solat apa boleh buat?
Solat dhuha, solat hajat, solat taubat.solat sunat rawatib dsb....

1 hari, 9 X solat

9 X solat, 90 X istghfar.

Amacam? OK dak? hihi...

Boleh ja nak plus2.. mana lah taw tengah2 dok jalan2 kat pekan, nampak gadis seksi, istighfar la..
Hati tak tenang, istighfar... dsb....

Senang nak dapat, tapi susah nak kekalkan momentum tu..
Tapi yakinlah, andai anda berjuang di jalan Allah, nescaya Allah akan memudahkan urusanmu.

"Jangan memperkecil dosa kecil kerana gunung yang besar juga terbina dari butir pasir yang kecil"
___________________________________________________________________

Kesalahan kita dengan manusia? nanti tulis lain, bagi teaser sikit.

Bab tentang taubat
Apabila perbuatan dosa itu tidak menyangkut dengan sesama manusia iaitu hanya dosa dengan Allah ,maka, taubat harus memenuhi 3 syarat : 
1 - Menghentikan perbuatan dosa itu
2 - Menyesal atas perbuatannya itu
3 - Berketetapan hati untuk tidak mengulangi dosa itu selama-lamanya.


Moga bermanfaat, 

aimanabdaziz,
atas meja,
malaysia.







Kita dan al Quran.

1 hari , 5 X solat

al Quran = 604 page
____________________________________________

Kaedah A

1 X solat, 2 pages, 
1 hari = 10 pages
30 hari = 300 pages
60 hari = 600 pages
Setahun boleh khatam 6 X

Kaedah B

1 X solat, 1 page,
1 hari = 5 pages
30 hari = 150 pages
120 hari = 600 pages
Setahun boleh khatam 3 X

Kaedah C

1 X solat, 1/2 page,
1 hari = 2.5pages
30 hari= 75 pages
240 hari = 600 pages

Setahun boleh khatam 1.5 X
Dua tahun boleh khatam 3X

Moga bermanfaat inshaAllah

Monday, February 2, 2015

Antara kita & Iblis

Janji kita dan janji Iblis


Memulakan tulisan kali ini dengan terjemahan Surah Al-‘Asr :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kesabaran”

  1. Manusia dalam kerugian
  2. KECUALI :
a) orang beriman
b) beramal soleh
c) menasihati untuk kesabaran

Berimankah kita ? Solehkah kita? 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa


Begitu pantas masa berlalu kini sudah masuk February 2015. Pelajar SPM tahun 2012, bermaksud sudah 3 tahun meninggalkan sekolah.

Pantas sekali yaaa….

Sekali lagi tajuk masa bermain-main di kepala. Barangkali kerana masa tidak pernah berhenti. Barangkali juga kerana masa adalah makhluk yang sentiasa hidup, tak pernah tua, tak pernah muda. 

Masa kekal 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sama untuk semua orang. Namunaku tetap merasakan masa semakin singkat dan semakin suntuk…

Banyak benda yang tak buat lagi….





Hati tergerak untuk berkongsi Surah Al-‘Araf (Tempat Tertinggi) yang menceritakan tentang Nabi Adam dan Iblis.

Part 1

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuh(mu), 
Kemudian kami berfirman kepada para malaikat : “Bersujudlah kamu kepada Adam”, maka mereka pun bersujud kecuali Iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud.

Allah berfirman,”Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?”
Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia, Engkau ciptakan daripada tanah”.

Allah berfirman, “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah!
Sesungguhnya kamu termasuk ORANG YANG HINA DARIPADA MAKHLUK YANG HINA.”



________________________________________(Ayat 11- ayat 13)

  1. Adakah iblis sebahagian daripada malaikat?
  2. Apakah maksud “ORANG YANG HINA DARIPADA MAKHLUK YANG HINA” ?

Haritu dalam grup whatsapp ada kawan share gambar kata2 hikmah yang berbunyi, 
“Be careful who you trust, the devil was once an angel”

Pas baca tu aku pun macam…err…. devil was once an angel? Betui ka ni?
Tapi tak pikir sangat pun sebab point yang dia nak bagi ialah kita kena hati2 nak pecaya orang ni,orang baik pun boleh jadi jahat jugak. People changed.
……….
Tapi sekarang dah ada dalil, (kalau salah perbetulkan)

 Ok sambung,…


Part 2

Iblis menjawab, :”Berilah tempoh kepadaku sampai waktu mereka dibangkitkan.”

Allah berfirman, “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh”

Iblis menjawab, “Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka, dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka. Dan Engkau TIDAK akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).

Allah berfirman, : “ Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir! Sesungguhnya barang siapa di kalangan mereka yang mengikutimu, pasti Aku akan isikan neraka Jahannam dengan kamu semuanya”

___________________________________________( Ayat 14-ayat 18)


  1. Iblis mintak tempoh masa, untuk apa? untuk menyesatkan manusia.
  2. Iblis berjanji ( boleh pakai dak istilah ni) akan menyesatkan manusia dari pelbagai sudut.
  3. Iblis berjanji yang dia akan menyesatkan manusia sampailah ramai manusia yang tidak taat kepada Allah
  4. Iblis juga pernah menghuni syurga.
  5. Sesiapa yg mengikut Iblis, akan dimasukkan ke neraka Jahannam.


Part 3 : Mula menghasut


(Dan Allah berfirman): “Wahai Adam ! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu berdua sukai. Dan janganlah kamu mendekati pohon ini, jika tidak, jadilah kamu berdua termasuk orang yang zalim.”

Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup daripada mereka, iaitu auratnya, 

Dan syaitan berkata : “Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga).

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya : “Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua.”

Maka syaitan memujuk keduanya ( untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah pohon kayu itu, tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan keduanya mulalah menutupnya dengan daun-daun dari syurga.

Kemudian Tuhan mereka menyeru kepada mereka : “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua daripada pohon kayu itu dan Aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?”

____________________________________________(Ayat 19- ayat 22)




Janji Iblis

Iblis berjanji pada Allah yang dia akan menyesatkan manusia. Tapi sampai bila? sampai hari kebangkitan yakni hari kiamat.

Bila hari kiamat? sapa tahu? Adakah iblis tahu ?

_____________________________________________________________

Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat : “Bilakah terjadinya ?”
Katakanlah : “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah di sisi Tuhanku ; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. 

Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi.

Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.”

Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya.
Katakanlah (Muhammad) :

“Sesunggguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”


Al-‘Araf, 7 : 187

_____________________________________

Nabi Muhammad juga tak tahu bila hari kiamat itu...

Tapi………..

Setelah diberi tempoh daripada Allah, Iblis terus melaksanakan janjinya. Janji apa? Menyesatkan manusia lah. Nabi Adam kan manusia. Iblis menghasut Nabi Adam merasai buah pohon kayu itu.

So...?

1) Iblis telah menepati janjinya untuk menghasut manusia. Setuju?
2) Iblis tak tangguh janji dia. Ada masa, ada peluang, jalan terus. Betul?

Janji kita

Janji ni selalu orang relate dengan masa.  Janji pukui 10, pukui 12 pun tak nampak batang hidung lagi.

"Janji Melayu."

Kelas pukul 8, pukul 7.50 baru bangun. Pastu komplen lapaq masa belajaq.

Kalau ada kerja pun kita tangguh dulu, sampai dah nak kena submit, baru la nak buat. Betui dak? hihi

Exam ? Apa barang study away, lekluuuuu sapkok luu......

Tapi......................

Kita tak tahu bila kita mati. Kita tak tahu bila kita nak dikafankan. Kita tak tahu bila kita disolatkan. Kita tak tahu apa makanan terakhir yang kita makan di dunia ini. Apa pakaian kita ketika dicabut nyawa. Di mana kita saat malaikat maut mencari kita. Apa amalan terakhir kita.

Utamakan yang dahulu atau Dahulukan yang utama ?

Kadang terasa hidup ini terlalu selesa yang menyebabkan suka menangguh. Dah selesa sangat biasakan diri dengan amalan bertangguh. Tapi, janganlah sampai ibadat pun nak tangguh. Nak sedekah pun nak tangguh. Amalan sunat pun nak tangguh.

Ibnu 'Umar pernah berkata :

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda : "Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu"

"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang."

"Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu."

Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan"

Jadi janji sapa lagi baik? janji Iblis atau janji kita? 
Siapa yang suka bertangguh? Iblis atau kita?

Jangan terlalu selesa ,ingatlah bahawa, 

"Tiada indahnya kehidupan, intinya cuma berisi ingatan kematian dan usia tua"

Moga bermanfaat, insyaAllah