Thursday, July 16, 2015
Travel : Tokyo, Jepun
Boleh ka travel sambil puasa?
Tak lapaq ka?
Tak dahaga ka?
Mesti penat an?
Orang pi travel nak rasa makanan tempat tu, hang pi bulan posa, camna nak makan?
No problem bro, serious takdak hal.
Ramadhan membuktikan yg kita buleh hidup walaupun tak makan tak minum selama 12 jam ++
Ramadhan juga membuktikan yang selama ini kita consume makanan secara "berlebihan".
Setuju?
Ramadhan juga membuktikan yang kita mampu melakukan kejahatan tanpa bantuan syaitan.
Setuju?
Ramadhan membuktikan betapa . . . . . . . .bersemangatnya kita bila nampak apa ganjaran kita dapat kalau buat sesuatu kebajikan.
Ramadhan mengajar erti syukur
Ramadhan mengajar kita menghargai apa yg kita ada. Tak paham? Hampa tengok masa hampa nak bukak posa, dapat ayaq masak pun hampa langgah habehh.
Betapa banyaknya pembuktian dilakukan oleh Ramadhan.
Tapi sayang, Ramadhan datang setahun sekali.
Datangnya cuma 30 hari.
Dihujung Ramadhan pula, ia seakan "dihalau" pergi dengan dendangan lagu raya di radio dan kaca TV.
Friday, March 27, 2015
Aku dan cermin
Hari-hari berlalu untuk berfikir.
Week 1 : 9 Mac - 15 Mac
“Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”
“Tetapi, jika kamu tergelincir setelah bukti yang nyata sampai kepadamu, ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana” (2:208-209)
….............…..
Satu hari,
Aku bangun dari tidur,
Aku tidur lepas Subuh,
Sebabnya semalam aku daki gunung,
Tu aku penat, haha
Tapi, pukul 8 tu aku bangun la balik, sebab kelas pukul 10
Pergi tandas nak gosok gigi,
Masa tu ilham datang…
Tatkala gigiku sedang digosok, cermin sedang dipandang, aku terfikir..
Nabi gosok gigi sebelum solat subuh ka selepas?
Nabi Muhammad dulu gosok gigi macam mana?
Ada ka doa gosok gigi?
Nabi gosok gigi pakai apa?
Kalau pun aku boleh jawab semua soalan ni, kenapa aku tak amal pun?
………………………..
Pastu aku balik bilik, otak masih berfikir,
Dah pergi mandi semua, terfikir pulak, nabi mandi macam mana, macam mana nabi boleh dapat bau seharum kasturi, ada tak sebarang doa ketika mandi?
Pastu nak pakai baju, apa sunnah nak pakai baju ni? Nak masuk kepala dulu ka, tangan kanan dulu ka, tangan kiri dulu,
Pastu nak siap2 pakai kasut, ada tak doa pakai kasut? pakai kaki kanan dulu ka kiri dulu ?
Nak keluar bilik, tertanya jugak jika ada sebarang doa keluar/masuk bilik?
…………………………
Macam tu la kisahnya,
Pernah terfikir tak? Tak eh?
Takpa lah, ni la nak ajak sama-II fikir sikit.
Sebenarnya, sendiri ‘terasa’ sebabnya dah mula sedar diri dah tua,
tapi
amalnya dirasakan masih sedikit, dosanya pula dirasa bertambah
hadis yang dihafal masih sedikit, lirik lagu pula dirasa makin banyak,
sunah yang diamal masih sedikit, hanya teruskan hari tanpa sebarang upgarde dalam amalan.
Upgrade,.... yea ...upgrade.
“Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini”
Pada masa yang sama, cuba membayangkan perjalanan hidup Baginda.
nabi Muhammad manusia, kita juga manusia,
baginda juga tidur, kita juga tidur
baginda mandi, kita juga mandi
baginda makan, kita juga makan
pakai baju, pakai kasut, keluar/masuk rumah dan sebagainya….
Kenapa aku tak pernah tahu ,kalau tahu kenapa tak amal sunnah-2 nabi tu?
Sebabnya, benda tu kan ke rutin. hari-2 bangun tidur, gosok gigi, pakai baju, pakai kasut, keluar/masuk bilik. Kalau aku buat hari2, mesti x payah hafal pun, aku boleh ingat. Umpama membaca Al Fatihah, sejak kecil dah diajar membaca dalam solat.
“Betapa indahnya hari-hari berlalu jika dihiasi dengan doa dan sunah Nabi Muhammad.”
“Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (3 :31)
……………………………………
diterbitkan daripada smartphone,
Vpn tak beli lagi
China block blogger
Thursday, March 12, 2015
Hati yang buta?
1. ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
2. kerana Allah mengetahui seandainya permohonan dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon
3. berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap
ATAU. . . . .
mungkin juga kerana hatinya BUTA.

6. mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuk nya
9. bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
10. mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Wednesday, March 4, 2015
"Berdoalah, nescaya aku perkenankan untukmu"
"Doa itu ialah ibadah"
Firman Allah :
"Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah nescaya Aku perkenankan untukmu. Sesungguhnya, orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dihina"
( Ghafir, 40 : 60)
Doa
Hari-hari kita berdoa
Doa panjang umur,
doa badan sihat,
doa murah rezeki,
doa hati tenang,
doa mintak masuk syurga,
Tapi tahukah anda berdoa juga ada syarat-syaratnya?
________________________________________
Baru dapat result SPM, nak isi borang UPU, nak masuk universiti pilihan hati, boleh ka isi sesuka hati?
Uni tu pun mesti 'demand' jugak. Letak macam-macam syarat.
Minimum 6 A, Bahasa Inggeris wajib A, Add Maths minimum B+ dan sebagainya.
Ok
Dah settle masuk uni, PTPTN pun dah dapat, study 5 tahun, dapat degree, graduate.
So nak apply kerja pulak. Awat kena kerja pulak?
Kalau tak kerja macam mana nak dapat duit?
kalau tak dak duit macam mana nak sara diri?
kalau tak mampu sara diri macam mana nak sara anak orang lain?
kalau tak mampu sara anak orang lain macam mana nak kahwin?
kalau tak kahwin macam mana nak dapat anak ?
...ambik anak angkat?..
So, nak apply kerja pun, mestilah berbagai syaratnya.
-umur antara 25-30 tahun
-memilik ijazah sarjana muda dalam bidang ......
-tidak terikat dengan kontrak mana-mana syarikat
-mempunyai keyakinan diri.
-mampu bersaing
-menerima komen daripada boss
...............
and so on lah.
Begitulah kehidupan, semuanya bersyarat.
takdak apa pun, aku nak share syarat 'berdoa' & syarat 'doa makbul'.
haha
Syarat beroda
1. dalam keadaan berwudhuk
2. menutup aurat
3. menghadap kiblat
4. khusyuk dan tawadhuk
5. tidak tergesa-gesa
"main game sejam, tengok movie 3 jam, pergi kelas hari-hari 4-6 jam, tidur 6 jam,....
mai masa sembahyang, masa berdoa, dok buat kalut...."
6. dimulai dengan
-memuji kebesaran Allah
-berselawat
7. membaca doa dgn penuh harapan
8. diakhiri dengan selawat dan salam
Syarat doa makbul
1. menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah
2. harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya
3. tidak melakukan maksiat
4. hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.
"Berdoalah kepada-Nya setiap masa, ini menunjukkan betapa bergantungnya dan berharapnya kita kepada-Nya"
Waktu baik untuk berdoa
1. pada waktu hujan turun
2. ketika ayam jantan berkokok pada waktu pagi
3. ketika sedang membaca al Quran
4. ketika tamat membaca al Quran
5. ketika orang azan untuk solat
6. antara azan dan iqamat
7. sesudah wudhuk
8. pada malam jumaat
9. pada hari jumaat
10. pada akhir tiap-tiap solat fardhu.
Sekian.
masih lagi cuti.
Tuesday, March 3, 2015
memberi yang terbaik
"Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sedikit, tetapi yang kamu harus prihatin ialah apakah amalan kamu itu diterima Allah. "
"Cepat sikit pilih buah tu, lewat dah nak pi rumah ustaz,"
*sambil mengambil sebiji epal yang cantik dan sebiji lagi yang lebam*
"Nak persembahkan solat kita kat Allah kena berkualiti. Kalau berkualiti, in sha Allah solat kita diterima. Hg rasa kalau aku basuh buah ni, aku letak pulak buah ni dalam bakul yang lawa2, ustaz suka dak?"
"yeah, tapi buah tu mesti la yang elok dan boleh dimakan, kalau lebam macam ni, tak guna letak dalam bakul lawa2 pun kan?"
"yeah thats rite man !"
-3mac_bangi-
*jadi aku nak tnya, tomato tu buah ka sayur?
Monday, March 2, 2015
karaoke di kenduri
kisah berula dua hari lepas, sabtu 28 Feb 2015,
di petang yang indah, aku pergi menghadiri satu kenduri. Jarak antara rumah aku dengan kenduri agak jauh, jadi, dalam pukul 3 petang baru sampai rumah kenduri.
agak mengejutkan jugak bila mendapati tatkala sudah pukul 3 petang, keadaannya seperti baru jam 12 tengah hari . masih ramai tetamu yg duduk di khemah-khemah di situ. Mungkin tuan rumah ramai kenalan kot.
takpalah, aku lapar, so, tak kisah semua tu, janji dapat makanan, cari tempat duduk, duduk, makan.
Dulu aku jarang pergi kenduri, so, dekat rumah kenduri tu la first time aku nampak lauk kerabu pelam.
pelam taw pelam?
beijing mana ada pelam. mana boleh nak cicah-cicah kat beijing. mana boleh nak buat kerabu pelam kat beijing. lanjiooo..
jadinya, aku pun dengan rakusnya ambik la lauk. ayam berempah ada, sup daging ada, ayaq asam pun ada. memang niat nak balas dendam la makan tu..
setelah itu, aku pun mencari tempat duduk. tatkala mahu melabuhkan pinggulku di atas kerusi, kedengaran deejay radio membuat pengumuman.
"harini kita akan buat karaoke, haaa.. adik, nak nyanyi lagu apa?"
tanpa menoleh ke arah meja deejay tu, aq terus get ready nak makan, (basuh tangan, baca doa)
"saya nak nyanyi lagu caliph busker, roman cinta", kedengaran suara wanita membalas soalan deejay tadi. "anugerah juara lagu, anugerah juara lagu," dia menyambung..
dalam hati kecik aku ni, aku kata jugak sikit, "apalah, kumpulan mojo pun taktaw ka"
lantas, aku pun mula menyuap nasi ke dalam mulut. ayam goreng berempah dicubit sedikit demi sedikit. ditelan dengan begitu enak sekali.
dannn....
masa aku nak makan kerabu pelam tu lah, kakak tu mula nyanyi lagu roman cinta tu. bagi yang tak pernah dengar lagu ni, pada pendapat aku lah, dia kena ada suara tinggi macam awira tu. baru sedap nak bawak lagu tu.
kakak tu nyanyi lagu tu feeling habis laa.. ada part korus tu, dia tarik tinggi, tapi x sampai, suara pecah. haha. aku gelak la , pastu sengih2 dengan pakcik yg dok semeja dengan aku tu.
dalam hati ni, (setan banyak kot) dok terbayang kakak yg nyanyi tu mesti free-hair punya, mesti gedik nih, dah taw suara tak sedap dok nyanyi pa lagi, aku memang x besangka baik langsung la kat akak penyanyi tu.
layan jaa la dia nyanyi, bukan kacau aku pun, aku pun makanla sampai habis.
..............................
dah siap makan, kakak tadi masih menyanyi lagu, aku x ingat lagu apa..aku pi la nak salam-salam tuan rumah tu, kebetulan masa tu tuan rumah duduk dekat meja deejay tu. kat situ la tempat depa karaoke tadi.
dan segalanya berubah di situ.
rupanya kakak yang aku ingat free-hair, gedik tadi tu, rupanya dia Orang Kelainan Upaya (OKU), pakai baju kurung bertudung semua elokla.
masa tu, ntah aku rasa sebak jugak la. walaupun aku tak banyak kata kat dia, tapi tu lah.., rasa lain dalam hati kecil ni.masa tu baru aku bersangka baik. "mungkin dia mai cari rezeki,tuan rumah jemput buat persembahan ka, mungkin dia ni adik tuan rumah, setiap kali kenduri dia nak nyanyi sebab nak meriahkan majlis ka... dan sebagainya"
aku pun ada jugak family yg OKU..hati kita ni, jahat-jahat mana pun, kalau tengok OKU, mesti rasa lain no. mesti rasa syukur sangat2 sebab Allah jadikan kita sempurna. aku pulak pi mengata kat kakak penyanyi tu. haishh...
so, lesson learnt ! don't repeat it. sesiapa yg lupakan sejarah, pasti akan rendering untuk mengulanginya kan?
kalau hampa jalan mana2, dengaq orang melalak sorang2, nyanyi sorang2.. jangan terus kata kat dia. mana la tau dia tengah stress ka, dia OKU ka.
"Habis tu aku stress sapa pulak nak kisah? "
Tuhan kan Maha Adil, buat baik dibalas baik.
Amalan ayat(bahagian 2) & "ayat 7"
1. Surah Ghafir, (40 : 1-3)
-untuk keselamatan,"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
"Haa Mim. Turunnya al Quran ini daripada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Yang Mengampunkan dosa, dan menerima taubat, yang berat Azab-Nya, yang melimpah-limpah kurnia-Nya, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya lah tempat kembali"
2. Surah al-Hasyr, 59 : 21-24
-dibaca selepas solat subuh dan asar-akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70 ribu malaikat
-jika meninggal pada malam atau siang hari itu, akan memeperoleh syurga.
"Sekiranya Kami turunkan al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk, serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ingatlah, misal-misalnya perbandingan ini, Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai sekalian alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera daripada kekurangan, Yang Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya), Yang Melengkapkan segala kebesaran-Nya. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dialah Allah, yang menciptakan sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya), bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang tidak ada tolok bandingannya, lagi Maha Bijaksana."
3. Amalan "Ayat 7" iaitu tujuh ayat daripada al Quran.
Kata Saidina Ali :"Sesiapa yang mengamalkan membaca pagi dan petang, maka akan berasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada perdaya musuh dan bala, dengan izin Allah"
Menurut Sheikh Mohd Yaacob. siapa tu? baca sini
i. apabila tujuh ayat ini dibaca siang sekali dan malam (sesudah solat subuh dan magrib), insya-Allah -akan dimudahkan rezekinya
-dipanjangkan umurnya
-terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan fitnah
-dikasihi para hamba Allah
-dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
ii. Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardu, insyaAllah
-akan dimudahkan baginya sakaratulmaut kelak
-memperoleh pahala besar
Jika dibacakan pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.
_________________________________________________
1.Surah Taubah, 9:51
"Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami,melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal"
3. Surah Hud, 11 : 6
4. Surah Hud, 11 : 56
5. Surah al Ankabut, 29 : 60
share & amalkan,
moga bermanfaat inshaAllah,
Isnin,
petang.winter break
idea asal : Indahnya Hidup Bersyariat.
Saturday, February 28, 2015
Amalan beberapa ayat dan surah khusus (bahagian 1)
Minggu depan result SPM akan keluar. Maka pelajar spm 2014 secara tidak langsung akan meningkatkan hubungan dengan Allah. Bertawakal.
Tapi, tawakal itu ialah berserah segalanya pada Allah setelah berusaha sebaik mungkin.
Kalau x ambek SPM, macam mana nak dapat result SPM?
Kalau kerja malas, lepas tu doa dekat Tuhan supaya duit turun dari langit, memang tak dapat la.
Kalau belajar malas, pastu doa nak dapat result padu2, memang tak dapat la.. tapi kadang kala, ada jugak orang camni... *mungkin itu ujian baginya..samada dia taati atau mungkiri ujian itu
Berbalik pada tajuk asal, aku nak share sikit amalan ayat2 ni..tapi kena ingat la, jangan kita mintak tak dimakan harimau tapi masuk ke kandang singa.
Contohnya, baca 10 kali surah al Ikhlas, akan dibina sebuah istana di syurga.
jangan pulak dok baca surah tu ja, tapi tak sembahyang, tak baca al Quran dah, tak hormat ibu bapa,. gi mana mahu masuk ke syurga?
baca surah al Falaq 3 kali untuk perlindungan daripada perkara tak diingini, tapi bawak moto/kereta kat jalan raya macam 'lanjioo'., men celah ikut suka, bawak laju palu2..... tak leh jugak gitu.
Jadi, saya ingin mengajak kalian bersama-sama memperbaiki diri kita di samping mengamalkan antara ayat2 dan surah khusus ini, moga bermanfaat, inshaAllah.
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus
1. Surah al Ikhlas
-menyamai satu pertiga al Quran
-dibaca 10 kali akan dibina istana di syurga
2. surah al Falaq & surah an Nas
-dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini
3. ayatul Kursi ( al Baqarah, 2: 255 )
-pahalanya menyamai satu perempat al Quran
-dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga
-setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat
4. membaca "بسم الله الرحمن الرحيم"
-dibaca 21 kali sebelum tidur sebahagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain. insya Allah
5. membaca surah al Fatihah
-dibaca 20 kali setiap kali selepas solat fardu merupakan amalan para solehin.
-InsyaAllah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada sebarang keburukan dan sebagainya.
*boleh baca 100x sekaligus jika sukar diamalkan setiap kali lepas solat
6. Surah al-Rum, 30 : 17-19
-akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan pada waktu siang dan malam.
"Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (daripada sekalian makhluk-Nya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepada-Nya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu Zuhur.
Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, serta menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan dari kubur.
Wednesday, February 25, 2015
Kembara di dunia bagaikan mimpi
"Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah hiburan dan permainan ; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui hakikat itu" (al 'Ankabut , 29 : 64)
Mimpi.
Untung sabut mimpi seronok, dapat duit, bahagia, gembira.
Tak untung, mimpi x seronok, sedih, menangis dalam mimpi, mimpi terjun bangunan, bangun-bangun jatuh katil.
Namun...
Mimpi seronok atau sedih, bahagia atau derita, semuanya tamat setelah kita tersedar dari dibuai mimpi tersebut. Segalanya hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan. (Lainlah kalau mimpi jatuh katil, mimpi sampai kencing dalam seluaq, bukan yg tu maksudnya.)
Mimpi dapat duit, bangun-bangun, ada ka duit kat tangan?
Mimpi makan nasik kandaq, ada ka bau kari kat tangan?
Jadi, segala yg 'dimimpikan' hanya setakat dalam mimpi sajalah. Bangun tidur, kembali pada realiti asal.
Macam tu lah dunia.
Mungkin dekat dunia, kita hebat, ramai orang hormat kita, Allah tutup aib kita, kita banyak harta, kita boleh buat apa yg kita suka.
Jadi bila kita akan sedar dari mimpi ni? Pabila Malaikat Maut menjemput kita.
Tiada lagi pangkat, jawatan, harta.. Yang dibawa cuma dosa dan pahala. Masa tu baru kita tahu siapa kita di sisi Sang Pencipta.
Bahagia & sengsara dunia hanya mimpi sementara.
Ikhlas
Sesiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sesiapa yg hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya." (Riwayat al Bukhari)
__________________________________________________________________
"Ikhlas adalah isu kerohanian yg sukar ditunaikan. Bukan sahaja orang jahil, tetapi juga orang alim gagal menanganinya."
Hadis Nabi :
"Orang awal yg dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang yg mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid."
Allah berkata, "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau mahu dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan kepadamu."
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yg lain yg mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al Quran kerana-Mu"
Allah berkata, "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya dikatakan alim dan engkau baca al Quran supaya engkau dipanggil Qari. Itu telahpun dikatakan padamu."
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya, "Apakah yg telah engkau lakukan di dunia?"
Dia menjawab, "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-Mu."
Allah berkata,"Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu."
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka." (riwayat Muslim)
________________________________________________________________
Kisah ini pula disampaikan oleh brother usrah aku.
"Satu hari, masa tu baru lepas sembahyang Jumaat. Dah jadi kebiasaan, lepas imam bagi salam ja, terus 'chow' balik rumah. Aku pun ingat nak 'chow' jugak, sebab petang tu ada kelas ganti pukul 3, tapi lepas tengok pintu masjid penuh dengan orang, aku pun rilek2 la dulu. Wirid dengan tok imam, pastu doa.Dah doa semua settle dah, salam2 dengan jemaah lain, aku pun nak gerak la. Tapi, pintu masjid masih lagi penuh dengan manusia. Biasalah, masjid kat Beijing ni kecik ja, tak macam Malaysia. Tiba-tiba lahirlah rasa nak sembahyang sunat. Di ruang kecil hati berkata, "bukan selalu mai masjid, seminggu sekali ja, ambik la pahala iktikaf banyak-banyak. Minggu depan tak taw boleh mai lagi ka dak"
Makanya, aku pun solat sunat dua rakaat lah dulu....
Pastu, aku pun get ready la nak gerak. Dah pakai kasut apa semua dah, aku pun jalan la nak keluar masjid. Niat nak sedekah, biasalah, hari Jumaat...( hari lain tak sedekah pulak?) seluk-seluk poket, keluarkan dompet, tengok-tengok ada duit 100 CNY (RM50) dua keping, 50 CNY (RM 25) tiga keping, 1 CNY (RM 0.50) lima keping.
Agak-agak aku ambik yang mana?
Yeah ! Aku ambik yang 1 CNY tu la.. Bagi kat pakcik pengemis tu.
Namun, segalanya berubah lepas aku nampak seorang lelaki tua ni......
Apa dia buat? Dia bawak keluar dompet dia. Aku ter'usha' jugak dompet dia tu, banyak jugak la duit,. Dia pejam mata, pastu seluk ja duit mana yg dia pegang dalam dompet dia tu, dia keluarkan, bagi kat pengemis.
Bukan sorang, tapi semua pengemis dia buat macam tu.. Seingat aku ada dalam lima orang pengemis haritu. Dah habis sedekah, dia senyum jaa, pastu simpan dompet dia.
Aku pun pi la buat mesra dengan dia,. tanya dia, sebab apa pakcik tutup mata masa sedekah tadi?
Dia senyum jaa, pastu cakap,
"pakcik takut, kalau pakcik tengok duit yang pakcik nak sedekahkan tu, pakcik jadi teragak-agak nak sedekah. Kalau duit kecik mungkin pakcik terus bagi, kalau duit besar, pakcik takut niat pakcik nak sedekah tadi dah berubah."
Dengar pakcik tu cakap, aku pun sentap la beberapa hari sampai ke Jumaat minggu depan dengan harapan nak sedekah macam pakcik tu.
"Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering"
Sebagai pelajar, apakah kita ikhlas menuntut ilmu selama ini?
"Moga Allah curahkan keikhlasan dalam nurani ini"
Monday, February 23, 2015
MAKANAN PANAS SEDAP!!!
Kesimpulannya
Share@copy dg berhemah-penulis ABD GHANI HARON
Saturday, February 21, 2015
Dr. MAZA
Tuesday, February 17, 2015
Khusyukkah solat kita?
Ketika sedang solat, telefon Ali berbunyi dengan kuat sekali . Kedengaran lagu Mr. Simple tatkala ramai jemaah sedang menunaikan solat.
Selesai solat,...
Abu, "fon hang bunyi kuat kut tadi, aku sembahyang pun tak khusyuk, dahla lagu tah apa2,..kalau bunyi kring2 ja tak pa la jugak.."
Ali, "mana aku nak taw, tiba2 kawan aku call, hang pun tak peringat aku suruh silent fon
........ Ceh, macam la selama ni hang sembahyang khusyuk..."
Abu, "khusyuk kot...nasib baik ada tok imam, kalau tak mesti aq lupa dah bapa rakaat aq sembahyang"
__________________________________________________
Sapa yang bersalah ?
A. Ali ; tidak silentkan fon
B. Ali ; set kan lagu Mr. Simple
C. Abu ; tidak peringatkan Ali
_________________________________________________
Maksud khusyuk dalam solat.
1. melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah,. Bagaimana ? yang dilakukan dengan anggota badan dan hati.
2. menjaga syarat, rukun dan adab2 solat dengan sempurna
Tapi....
perlukah kita khusyuk dalam solat ?
"قد افلح الموءمنون.......اللذين هم في صلا تيهم خشعون"
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman... (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
(Al-Mukminun, 23 : 1-2 )
***************************************
Apakah syarat solat ? apa pula rukun solat ? solat pun ada adab ke ?
Motivasi yang dirembat dari mana2

1. Death
2. Allah is watching
3. Angels are recording"
________________________________________________

"Worrying is stupid. It's like walking around with an umbrella waiting for it to rain."- Wiz Khalifa
________________________________________

Some chapters sad,
some chapters happy,
and some chapters exciting,
But...
if you never turn the page, you will never know what the next chapter holds."
_____________________________________________
Monday, February 16, 2015
الحديث
Aku tak rasa aku sorang ja yang lupa, jadi aku share la untuk kawan2 sekali.,hihi.
Sumber ?
1.Buku rujukan Quran Sunnah.
2.Al Quran : Al Hidayah House of Quran
baca la kalau ada masa, takot2 kena kantoi dengan saudara baru macam aku kena pulak nanti.. haha
Hadis, الحديث :
- Diriwayatkan perawi yang ramai
- Bilangan perawi yang ramai, mencapai satu tahap dimana mustahil pada adat mereka berpakat mendustakan Rasulullah.
- Jumlah perawi seimbang pada setiap tabaqat (peringkat)
- Hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan