Tuesday, July 26, 2016

Travel : Xinjiang/新疆, China

Assalamualaikum Xinjiang
<<catatan panjang>>
Best. Memang seronok dapat melawat Kashgar yakni "bandar sebenar" Xinjiang. Saya tak sure pepatah cina ka apa, tapi bunyi dia laguni, 
"不到喀什,不算来新疆”
"tak pi Kashgar, tak dikira sampai xinjiang" haa.. kalau salah mai betulkan naa..
Tapi, pemandangan cantik tu tak mengaburi saya utk cari kisah sebenar nasib saudara Islam kita kat sini. aceiiiii.. haaa, pak ostad gitu.. tak pa la lagumana pun, tapi saya nak share sikit la dapatan saya daripada beberapa orang sini yg saya sembang dengan depa menggunakan bahasa Cina & English. Uyghur saya x belajaq lagi.
[FAKTA XINJIANG] by : aimanabdaziz.yuanbo
bobo.袁博
----PENGENALAN----
1. GEOGRAFI
Bersempadan dengan 5 buah negara :Pakistan, India, Krygyztan, Afghanistan, Tajikistan. *kalau salah bagitau*Jadi muka orang sini dah x nampak cina sangat, ala2 pak arab ada, ala2 india pun ada.
Merupakan 1/6 daripada keluasan seluruh China. Memang luas. Drpd gunung salji, sampai padang pasir semua ada.
2. PENDUDUK
MAJORITI penduduk yang saya jumpa.
-Bangsa : Uyghur (维尔族)
-Agama : Islam
-Bahasa : Uyghur (维语)
Tak ramai boleh berbahasa Mandarin.
3. PEMBANGUNAN
Tidaklah rancak seperti bandar besar lain, bandar ni nampak macam negara arab zaman dulu2 pun ada.
Turun dari kereta api, bukan turun dekat stesen macam biasa, kena jalan sendiri cross railway nak ke jalan besar.
4. MAKANAN
Majoriti penduduk beragama Islam, mudah mencari makanan halal. Pasar malam depan Id Kah Mosque setiap hari ada. Tapi, nasik susah sikit cari, bukan makanan ruji(主食) mereka. Mee sejuk banyak, TIPS : jangan cuba masa perut kosong nanti sakit perut.
---Sekarang kita masuk isu2 menarik---- :
5. MASJID
Umur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk. Sedih kan? Biarpun begitu, biasanya setiap kali solat jemaah di Id Kah Mosque, jemaah mencecah 1000 orang lah. AllahuAkhbar!
Orang Islam masuk Id Kah Mosque ni FREE tau. Ada kisah menarik disebalik fakta ini, nanti Ammar Hakim ceritakan.
6. JAMBANG
Umur 60 tahun ke atas sahaja dibenarkan 'membela' jambang. Katanya menyerupai Osama Ben Laden. Misai nak bela tebai lagumana pun takpa. Sebab tu tengok muka depa semua macam set2 Pablo Mexico.
7. STESEN MINYAK
Bila bas/van/kereta nak pi isi minyak, penumpang semua kena turun, driver saja boleh masuk. Baru punya rule, takot orang bawak bomb.
8. QURAN
Dilarang memiliki quran. Depa carik habis kat rumah. Apps? Kalau bangsa Uyghur ni, set polis suka random tahan depa, mintak ID card,mintak fon. Carik apa taktau la. Makanya, mereka belajar AlQuran secara rahsia. Subhanallah
9. PUASA
Government-worker, DILARANG puasa. Lagumana nak larang posa? Time rehat depa bagi hang makanan suruh makan depan mata. Allahu.
--TAMBAHAN--
10. COIN
Taktau paseipa, tapi coin tak laku kat sini.
11.BUAH BUAHAN
Xinjiang famous dengan buah segar dan murah.
Tembikai sekilo 1元(rm 0.60). Murah ka dak saya pun taktau nak kata,
Tembikai susu dalam chinese (哈密瓜), Hamigua, ada satu tempat kat Xinjiang ni pun namanya Hami.
12. TAXI
Kebanyakkan taxi, dia dah letak harga siap2 sblm ke suatu tempat, tak pakai meter lah kiranya. Katanya harga fixed lah kot. Standard lah mana pun sama ja kan. hiks
*Andai tersalah fakta/info, mohon segera maklumkan utk penjelasan.
*Moga bermanfaat.
Terima kasih,
AIMAN.YUANBO
TURPAN, XINJIANG
CHINA
‪#‎rdX‬

Islam di China
Islam di Xinjiang
Peraturan pelik di Xinjiang, China


Video Xinjiang

Saturday, February 20, 2016

Sembang GoPro, Nak atau perlu?

Salam guys,
Anda berduit, dan anda mahu gunakan duit itu.
Lalu anda membeli GoPro, iaitu sebuah Action Camera, saya ulang ACTION camera.

Tetapi,
Anda hanya menggunakan GoPro itu, untuk :
1.menangkap gambar secara beramai-ramai, (group selfie)
2.memudahkan kerja anda mengambil gambar (GoPro saiznya kecil)
3.mendapatkan pandangan yg luas (wide view)

Makanya, berbaloi kah?

Sama seperti membeli sebiji iPhone untuk:
1.dikatakan susah nak lag (slow)
2.front camera cantik.
3.senang cari casing lawa2.
4.kononnya security tinggi *padahal bukan pakai sangat buat kerja pun
Jangan kecam saya, ini pandangan sahaja. Duit masing2, suka hatilah nak buat apa.
Yg berGoPro sambil menyelam, terjun bangunan, naik basikal, itu 
Yg pakai iPhone tapi xdak apps yg stail, pastu casing murah(xsayang ka beli mahal kot), kredit fon pulak xdak itu .
Cheers!
*kawan aku kasik idea


Saturday, January 30, 2016

Beli iphone untuk apa?

dek kerana tiba2 internet menjadi laju, aku pun xmau lepaskan peluang ni.

aku nak tanya hampa la, iphone 6 tu, bapa ingget sebijik?
mau x mau rm3k gak kalau x salah aku..
mahai kot..,
paseipa hampa suka sangat iphone? iphone ada apa yg special? camera? front camera?
cerita aku dibawah akan menjawab soalan dan mungkin menambah soala. anda.
suatu malam, aq berbual bersama seorang rakan, Ali, yg baru pulang belajar dari Kuala Lumpur untuk cuti semester selama sebulan.

Ali kata, dua minggu lepas dia baru beli iphone 5S (masa tu, hat tu la yg latest pun), dia cakap laguni kat aq, aq ingat g bait2 dia cakap.
"Iphone ni, kalau nak best, nak rasa berbaloi, belilah apps yg berbayar tu, orang kita ni, beli phone sampai rm3,4 k, tapi bila membe nak pinjam nak buat call, cakap kredit tadak, apps dalam phone pun suma yg free2 ja."
"bukan nak cakap apps2 free tu cikai, tapi, nak cakap yg kalau hg pakai apps free tu, hg xyah pakai iphone pun xpa"

Aku terkesima sat dia cakap lagutu.. nak kena hadam pelan2..,
"pastu2"
"aku beli apps sikit dalam iphone tu, eh, banyak gak la, dekat ratus ringgit gak aq habis, tapi game dia, apps dia suma best2 la,"
ini menyebabkan aku terpikir lagi.. wtf!!
betul gak la dia habaq kat aq lagutu..
cuba hampa pikiaq sejenak, perangai kita ni mmg lagutu.
beli fon mahai ribu2, casing beli yg sepuluh inggit gak,.
"dahtu nak beli semua original ka?"

Aku x kata lagutu pun, tapi, ... tapi...hampa pikiaq laa lagumana.. aq dah bagi hint dah tu.., hahaha..
Satu lagi aq dok consider ni pasai gopro.
aku antara orang hat minat gopro, tapi, bila pikiaq sejenak, agak2 hampa la, paseipa gopro ni dia juai ribu2, xiaomi camera boleh juai ratus2 ja???


kalau aq, aq dok rasa sebab gopro ni mmg utk extreme sport.
Aq x taw nak habaq lagumana , tapi, kalau hampa nak beli gopro semata nak selfie ramai2 nampak wide angle,.. xyah la,.. jimat duit...hahahahaha...
itu sahaja

aimanyuanbo,
belum tidur,
mencari idea,
lopes tidor awal,
Malaysia