Friday, March 27, 2015

Aku dan cermin

Hari-hari berlalu untuk berfikir.

Week 1 : 9 Mac - 15 Mac

“Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”

“Tetapi, jika kamu tergelincir setelah bukti yang nyata sampai kepadamu, ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”   (2:208-209)

….............…..
Satu hari,

Aku bangun dari tidur,

Aku tidur lepas Subuh,

Sebabnya semalam aku daki gunung,

Tu aku penat, haha

Tapi, pukul 8 tu aku bangun la balik, sebab kelas pukul 10

Pergi tandas nak gosok gigi,

Masa tu ilham datang…

Tatkala gigiku sedang digosok, cermin sedang dipandang, aku terfikir..

Nabi gosok gigi sebelum solat subuh ka selepas?

Nabi Muhammad dulu gosok gigi macam mana?

Ada ka doa gosok gigi?

Nabi gosok gigi pakai apa?

Kalau pun aku boleh jawab semua soalan ni, kenapa aku tak amal pun?

………………………..

Pastu aku balik bilik, otak masih berfikir,

Dah pergi mandi semua, terfikir pulak, nabi mandi macam mana, macam mana nabi boleh dapat bau seharum kasturi, ada tak sebarang doa ketika mandi?

Pastu nak pakai baju, apa sunnah nak pakai baju ni? Nak masuk kepala dulu ka, tangan kanan dulu ka, tangan kiri dulu,

Pastu nak siap2 pakai kasut, ada tak doa pakai kasut? pakai kaki kanan dulu ka kiri dulu ?

Nak keluar bilik, tertanya jugak jika ada sebarang doa keluar/masuk bilik?

…………………………

Macam tu la kisahnya,

Pernah terfikir tak? Tak eh?

Takpa lah, ni la nak ajak sama-II fikir sikit.

Sebenarnya, sendiri ‘terasa’ sebabnya dah mula sedar diri dah tua,
tapi
amalnya dirasakan masih sedikit, dosanya pula dirasa bertambah
hadis yang dihafal masih sedikit, lirik lagu pula dirasa makin banyak,
sunah yang diamal masih sedikit, hanya teruskan hari tanpa sebarang upgarde dalam amalan.

Upgrade,.... yea ...upgrade.

“Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini”

Pada masa yang sama, cuba membayangkan perjalanan hidup Baginda.

nabi Muhammad manusia, kita juga manusia,

baginda juga tidur, kita juga tidur
baginda mandi, kita juga mandi
baginda makan, kita juga makan

pakai baju, pakai kasut, keluar/masuk rumah dan sebagainya….

Kenapa aku tak pernah tahu ,kalau tahu kenapa tak amal sunnah-2 nabi tu?

Sebabnya, benda tu kan ke rutin. hari-2 bangun tidur, gosok gigi, pakai baju, pakai kasut, keluar/masuk bilik. Kalau aku buat hari2, mesti x payah hafal pun, aku boleh ingat. Umpama membaca Al Fatihah, sejak kecil dah diajar membaca dalam solat.

“Betapa indahnya hari-hari berlalu jika dihiasi dengan doa dan sunah Nabi Muhammad.”

“Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (3 :31)

……………………………………
diterbitkan daripada smartphone,
Vpn tak beli lagi
China block blogger

Thursday, March 12, 2015

Hati yang buta?

Hari-II berdoa, kenapa tak makbul?

1. ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
2. kerana Allah mengetahui seandainya permohonan dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon
3. berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap


ATAU. . . . .

mungkin juga kerana hatinya BUTA.


sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya buta disebabkan sepuluh perkara :



  


1. mengenali Allah tapi tidak menunaikan suruhanNya






2.mengatakan cinta kepada Rasullulah, tapi meninggalkan sunnahnya




3.membaca al Quran tapi tidak beramal dengannya



4. makan nikmat Allah, 
tapi tak bersyukur kepada-Nya









"Dan Dia memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"

(Ibrahim, 14 : 34 )






5. mengatakan syaitan musuhnya, tapi tidak menentangnya






6. mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuk nya

7. mengatakan neraka itu benar, tapi tidak lari daripadanya





8. mengatakan mati itu benar, tapi tak bersedia untuknya









9. bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.







10. mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

_____________________________________

"Dan Dia memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"

(Ibrahim, 14 : 34 )








"Cinta pada dunia, dunia akan pergi
cinta pada manusia, manusia akan mati
cintalah pada Allah, cinta yang kekal abadi"





Wednesday, March 4, 2015

"Berdoalah, nescaya aku perkenankan untukmu"

Nu'man Ibn Basyir meriwayatkan daripada Nabi saw :

"Doa itu ialah ibadah"

Firman Allah :

"Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah nescaya Aku perkenankan untukmu. Sesungguhnya, orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dihina"

( Ghafir, 40 : 60)

Doa

Hari-hari kita berdoa

Doa panjang umur,
doa badan sihat,
doa murah rezeki,
doa hati tenang,
doa mintak masuk syurga,

Tapi tahukah anda berdoa juga ada syarat-syaratnya?

________________________________________

Baru dapat result SPM, nak isi borang UPU, nak masuk universiti pilihan hati, boleh ka isi sesuka hati?

Uni tu pun mesti 'demand' jugak. Letak macam-macam syarat.

Minimum 6 A, Bahasa Inggeris wajib A, Add Maths minimum B+ dan sebagainya.

Ok

Dah settle masuk uni, PTPTN pun dah dapat, study 5 tahun, dapat degree, graduate.

So nak apply kerja pulak. Awat kena kerja pulak?

Kalau tak kerja macam mana nak dapat duit?
kalau tak dak duit macam mana nak sara diri?
kalau tak mampu sara diri macam mana nak sara anak orang lain?
kalau tak mampu sara anak orang lain macam mana nak kahwin?
kalau tak kahwin macam mana nak dapat anak ?

...ambik anak angkat?..

So, nak apply kerja pun, mestilah berbagai syaratnya.

-umur antara 25-30 tahun
-memilik ijazah sarjana muda dalam bidang ......
-tidak terikat dengan kontrak mana-mana syarikat
-mempunyai keyakinan diri.
-mampu bersaing
-menerima komen daripada boss
...............

and so on lah.



Begitulah kehidupan, semuanya bersyarat.

takdak apa pun, aku nak share syarat 'berdoa' & syarat 'doa makbul'.

haha


Syarat beroda


1. dalam keadaan berwudhuk
2. menutup aurat
3. menghadap kiblat
4. khusyuk dan tawadhuk
5. tidak tergesa-gesa

"main game sejam, tengok movie 3 jam, pergi kelas hari-hari 4-6 jam, tidur 6 jam,....
mai masa sembahyang, masa berdoa, dok buat kalut...."

6. dimulai dengan
-memuji kebesaran Allah
-berselawat
7. membaca doa dgn penuh harapan
8. diakhiri dengan selawat dan salam


Syarat doa makbul


1. menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah
2. harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya
3. tidak melakukan maksiat
4. hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


"Berdoalah kepada-Nya setiap masa, ini menunjukkan betapa bergantungnya dan berharapnya kita kepada-Nya"

Waktu baik untuk berdoa


1. pada waktu hujan turun
2. ketika ayam jantan berkokok pada waktu pagi
3. ketika sedang membaca al Quran
4. ketika tamat membaca al Quran
5. ketika orang azan untuk solat
6. antara azan dan iqamat
7. sesudah wudhuk
8. pada malam jumaat
9. pada hari jumaat
10. pada akhir tiap-tiap solat fardhu.

Sekian.
masih lagi cuti.

Tuesday, March 3, 2015

memberi yang terbaik

"Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sedikit, tetapi yang kamu harus prihatin ialah apakah amalan kamu itu diterima Allah. "

-saiyidina ali r.a-






"Cepat sikit pilih buah tu, lewat dah nak pi rumah ustaz,"

"Ala hg ni, sabar la. Keep calm. Buah kena pilih yang elok2, nanti ada yang buruk,"

"Ambik ja banyak2, nanti ustaz pilih la sendiri dia,"

"Takleh bro. Barang nak bagi kat orang kena elok. Macam tu jugak solat. Hg sembahyang la banyak mana pun tapi kalau takdak kualiti, tak guna jugak....

*sambil mengambil sebiji epal yang cantik dan sebiji lagi yang lebam* 

"Nak persembahkan solat kita kat Allah kena berkualiti. Kalau berkualiti, in sha Allah solat kita diterima. Hg rasa kalau aku basuh buah ni, aku letak pulak buah ni dalam bakul yang lawa2, ustaz suka dak?"

"Awat tak suka, mesti la dia lagi syok,"

"yeah, tapi buah tu mesti la yang elok dan boleh dimakan, kalau lebam macam ni, tak guna letak dalam bakul lawa2 pun kan?"

"yeah thats rite man !"

"Macam tu jugak solat. Hg buat benda2 tambahan dalam solat, macam perkara2 sunat tu, lagi la Allah suka,"

"Ooooooooo, betul jugak noh,"

"Haa, kalau dah paham mai tolong aku pilih buah ni,"

-3mac_bangi-
-admin_izzue-

*jadi aku nak tnya, tomato tu buah ka sayur? 



Monday, March 2, 2015

karaoke di kenduri

tiba-tiba harini mendapat ilham untuk menceritakan dalam bentuk penulisan mengenai pengalaman sendiri.

kisah berula dua hari lepas, sabtu 28 Feb 2015, 

di petang yang indah, aku pergi menghadiri satu kenduri. Jarak antara rumah aku dengan kenduri agak jauh, jadi, dalam pukul 3 petang baru sampai rumah kenduri.

agak mengejutkan jugak bila mendapati tatkala sudah pukul 3 petang, keadaannya seperti baru jam 12 tengah hari . masih ramai tetamu yg duduk di khemah-khemah di situ. Mungkin tuan rumah ramai kenalan kot.

takpalah, aku lapar, so, tak kisah semua tu, janji dapat makanan, cari tempat duduk, duduk, makan.

Dulu aku jarang pergi kenduri, so, dekat rumah kenduri tu la first time aku nampak lauk kerabu pelam.

pelam taw pelam?

beijing mana ada pelam. mana boleh nak cicah-cicah kat beijing. mana boleh nak buat kerabu pelam kat beijing. lanjiooo..

jadinya, aku pun dengan rakusnya ambik la lauk. ayam berempah ada, sup daging ada, ayaq asam pun ada. memang niat nak balas dendam la makan tu..

setelah itu, aku pun mencari tempat duduk. tatkala mahu melabuhkan pinggulku di atas kerusi, kedengaran deejay radio membuat pengumuman.

"harini kita akan buat karaoke, haaa.. adik, nak nyanyi lagu apa?"

tanpa menoleh ke arah meja deejay tu, aq terus get ready nak makan, (basuh tangan, baca doa)

"saya nak nyanyi lagu caliph busker, roman cinta", kedengaran suara wanita membalas soalan deejay tadi. "anugerah juara lagu, anugerah juara lagu," dia menyambung..

dalam hati kecik aku ni, aku kata jugak sikit, "apalah, kumpulan mojo pun taktaw ka"

lantas, aku pun mula menyuap nasi ke dalam mulut. ayam goreng berempah dicubit sedikit demi sedikit. ditelan dengan begitu enak sekali.

dannn....

masa aku nak makan kerabu pelam tu lah, kakak tu mula nyanyi lagu roman cinta tu. bagi yang tak pernah dengar lagu ni, pada pendapat aku lah, dia kena ada suara tinggi macam awira tu. baru sedap nak bawak lagu tu.

kakak tu nyanyi lagu tu feeling habis laa.. ada part korus tu, dia tarik tinggi, tapi x sampai, suara pecah. haha. aku gelak la , pastu sengih2 dengan pakcik yg dok semeja dengan aku tu.

dalam hati ni, (setan banyak kot) dok terbayang kakak yg nyanyi tu mesti free-hair punya, mesti gedik nih, dah taw suara tak sedap dok nyanyi pa lagi, aku memang x besangka baik langsung la kat akak penyanyi tu.

layan jaa la  dia nyanyi, bukan kacau aku pun, aku pun makanla sampai habis.

..............................

dah siap makan, kakak tadi masih menyanyi lagu, aku x ingat lagu apa..aku pi la nak salam-salam tuan rumah tu, kebetulan masa tu tuan rumah duduk dekat meja deejay tu. kat situ la tempat depa karaoke tadi. 

dan segalanya berubah di situ.

rupanya kakak yang aku ingat free-hair, gedik tadi tu, rupanya dia Orang Kelainan Upaya (OKU), pakai baju kurung bertudung semua elokla.

masa tu, ntah aku rasa sebak jugak la. walaupun aku tak banyak kata kat dia, tapi tu lah.., rasa lain dalam hati kecil ni.masa tu baru aku bersangka baik. "mungkin dia mai cari rezeki,tuan rumah jemput buat persembahan ka, mungkin dia ni adik tuan rumah, setiap kali kenduri dia nak nyanyi sebab nak meriahkan majlis ka... dan sebagainya"

aku pun ada jugak family yg OKU..hati kita ni, jahat-jahat mana pun, kalau tengok OKU, mesti rasa lain no. mesti rasa syukur sangat2 sebab Allah jadikan kita sempurna. aku pulak pi mengata kat kakak penyanyi tu. haishh...


so, lesson learnt ! don't repeat it. sesiapa yg lupakan sejarah, pasti akan rendering untuk mengulanginya kan? 

kalau hampa jalan mana2, dengaq orang melalak sorang2, nyanyi sorang2.. jangan terus kata kat dia. mana la tau dia tengah stress ka, dia OKU ka.

"Habis tu aku stress sapa pulak nak kisah? "

Tuhan kan Maha Adil, buat baik dibalas baik.





Amalan ayat(bahagian 2) & "ayat 7"

1. Surah Ghafir, (40 : 1-3) 

-untuk keselamatan,




"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

"Haa Mim. Turunnya al Quran ini daripada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Yang Mengampunkan dosa, dan menerima taubat, yang berat Azab-Nya, yang melimpah-limpah kurnia-Nya, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya lah tempat kembali"

2. Surah al-Hasyr, 59 : 21-24

-dibaca selepas solat subuh dan asar
-akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70 ribu malaikat
-jika meninggal pada malam atau siang hari itu, akan memeperoleh syurga.


"Sekiranya Kami turunkan al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk, serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ingatlah, misal-misalnya perbandingan ini, Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai sekalian alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera daripada kekurangan, Yang Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya), Yang Melengkapkan segala kebesaran-Nya. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dialah Allah, yang menciptakan sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya), bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang tidak ada tolok bandingannya, lagi Maha Bijaksana."


3. Amalan "Ayat 7" iaitu tujuh ayat daripada al Quran.

Kata Saidina Ali : 

"Sesiapa yang mengamalkan membaca pagi dan petang, maka akan berasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada perdaya musuh dan bala, dengan izin Allah"

Menurut Sheikh Mohd Yaacob. siapa tu? baca sini

i. apabila tujuh ayat ini dibaca siang sekali dan malam (sesudah solat subuh dan magrib), insya-Allah -akan dimudahkan rezekinya
-dipanjangkan umurnya
-terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan fitnah
-dikasihi para hamba Allah
-dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

ii. Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardu, insyaAllah
-akan dimudahkan baginya sakaratulmaut kelak
-memperoleh pahala besar

Jika dibacakan pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.

_________________________________________________

1.Surah Taubah,  9:51



"Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami,melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal"

2. Surah Yunus, 10 : 107

"Jika Allah menimpakan kemudaratan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya. Dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


3. Surah Hud, 11 : 6


"Dan tidak ada suatu binatang(makhluk Allah) yang melata di bumi, melainkan Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan Dia mengetahui tempat berdiam (makhluk itu di dunia dan tempat penyimpanannya di akhirat) semuanya tertulis dalam kitab yang nyata."


4. Surah Hud, 11 : 56


"Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu, tidak ada makhluk yang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya, (menguasai sepenuhnya). Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus(selalu berlaku adil).


5. Surah al Ankabut,  29 : 60


"Dan beberapa banyak binatang(makhluk) yang tidak dapat membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


6. Surah al Fathir, 35 : 2


"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya dan apa saja yang ditahan oleh Allah, maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"


7. Surah al Zumar, 39 : 38


"Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Nescaya mereka menjawab : "Allah" 

Katakanlah dan terangkan kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah mendatangkan kemudaratan kepadaku, adakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu, 

atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, adakah mereka dapat menahan rahmat-Nya.

Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku, kepada-Nyalah bertawakal orang yang berserah diri."



share & amalkan,
moga bermanfaat inshaAllah,
Isnin, 
petang.winter break

idea asal : Indahnya Hidup Bersyariat.