Monday, January 26, 2015

Mengapa bersedekah?

Sedekah.
______________

“Wahai orang yg beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yg baik dan sebahagian dari apa yg Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. “

“Dan janganlah kamu memilih yg buruk, lalu kamu nafkahkan darinya, PADAHAL, kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

Al-Baqarah, 2 : 267

Orang cakap, nak bagi hadiah kat orang tu, bagi benda yg paling kita sayang. Berat jugak tu, tapi, itulah sebaik-baik sedekah.

Mengenang kembali peristiwa banjir tahun lalu, banyaklah pihak yg memberi bantuan kemanusiaan kat mangsa2 banjir ni. Yang tu pun kira sedekah jugak tu. Ada yg bagi makanan, bagi khidmat cuci rumah, bagi sokongan, bagi duit,

Namun, ada SEGELINTIR pihak yg mengambil kesempatan hanya untuk ‘mengosongkan’ almari baju di rumah dengan menderma baju2 yg sudah lusuh. Tapi, taktaw la apa niat asal penderma tu. 
Boleh refer page Raja Shamri pasal benda ni.

Nak sedekah, tapi duit pun cukup2 makan ja.
______________________________________

Kadang kita bimbang duit habis kalau bersedekah. Yalah, kalau dah masukkan duit dalam tabung masjid, apa kita dapat melainkan duit yg makin berkurang? Bagaimana boleh hadir rasa bimbang tatkala mahu sedekah ini? 

“Syaitan menjanjikan(menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(bakhil) , sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dariNya dan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui”

Al-Baqarah, 2 : 268

Sedekah menggembirakan hati kedua belah pihak.
____________________________________________

Baik pemberi mahupun penerima, keduanya mesti happy. Yalah, kalau orang bagi duit kat kita, tak kan nak sedih. Yang sedihnya, kalau orang bagi macam tak bagi tu la..,bersikap acuh tak acuh, hihi..

“Orang yg menafkahkan hartanya pada malam hari secara bersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada yg mengkhuatirkan mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

Al Baqarah, 2 : 274

Pendek kata, banyakkanlah bersedekah. Kerana apa? Kerana duit dalam poket bukan harta kita, duit yg kita derma itulah harta kita. 

Tiga perkara yg tak akan putus setelah mati?
1) ilmu yg bermanfaat
2)sedekah yg berterusan
3)doa anak yg soleh

25 Jan 2015,

Winter break.

Sunday, January 25, 2015

Definisi kejayaan

Definisi kejayaan setiap orang berbeza.

Umur sudah 20 tahun,  apa terbesar kejayaan yg telah anda capai sepanjang dua dekad diberi nafas oleh Allah ?
UPSR 5A ? PMR 8A? SPM straight A? 4 flat di peringkat pengajian tingi?

Tapi.....

Apa guna kalau result exam mantap pun, tapi lepas habeh exam, satu pa pun lupa.. Kalau aku tanya hampa haji ada bapa jenis hampa ingat dak? Apa sunnah2 melontar pada hari Tashriq? Apa isi yg terkandung dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 dan 12?

Aku pun lupa jugak. nak buat camna, dah x apply...

Yang sambung amek engineering boleh la apply fizik, addmaths yg kita belajaq dulu, yg amek medik, boleh la apply bio, kimia, amek accounting leh apply akaun, amek syariah leh apply syariah.
Yg amek bahasa cina ni? Nak apply apa? hihi..

Cina Muallaf

Bagaimana pula jika ditanya, apa kejayaan terbesar yg dicapai setelah 20 tahun diberi nikmat Iman dan Islam? Apa sumbangan terbesar terhadap agama dalam usia 20 tahun ini? Berapa banyak surah atau hadis yg telah dihafal?

Kadang aku terkesan jugak tengok muallaf yg baru convert ni. Baru dua tiga bulan convert, dah tarik 3,4 orang masuk Islam. Hadis pun dah banyak yg dihafal. Pernah dengaq ustad cakap, kalau kita boleh tarik orang masuk Islam, sepanjang kawan tu Islam, pahala kita masuk. Untung tuuuu..



Bahasa Arab

Belajar arab lima tahun, suruh cakap sikit, mesti ulang, "ma'is muka?" "kaifa haluka?"..

Dulu tulis karangan arab power, grammar arab pun mantap,.

Itu dulu,..

Sekarang gimana dong? Kalau baca hadis agak2 boleh translate dak? hihi

So, lima tahun belajar arab, kita ni berjaya belajar bahasa arab atau tidak?


Kejayaan.

Tiap orang punya impian yg berbeza, tapi yakinlah tiap orang mahu berjaya. Islam pun suruh umatnya berjaya. Kalau x, xdak la orang azan hari2 suruh kita menuju kejayaan, ye dok?

"Success? I don't know what that word means. I'm happy. But success, that goes back to what in somebody's eyes success means. For me, success is inner peace. That's a good day for me." -
Denzel Washington

Sapa Denzel ni? dia ni pelakon Malcom X... Google laa achaaa.

"Successful and unsuccessful people do not vary greatly in their abilities. They vary in their desires to reach their potential." -John Maxwell


Setiap amalan bergantung pada niat.

On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heard the messenger of Allah PHUB say: “Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated.”

Niat itu penting. 

Kalau anda inginkan 4 flat utk semester ini dan anda dapat 4 flat, maka anda telah berjaya.
Kalau anda niat nak belajar lebih tentang bidang yg diceburi dan anda telah belajar, maka anda telah berjaya.  Janji dah belajar. 

Denzel Washington kata dia rasa berjaya dengan adanya 'inner peace'. Macam mana dia nak dapatkan 'inner peace' dia tu, dia kena usaha la, baru dia berjaya. hihi....


Namun niatlah belajar itu untuk bantu Islam kembalikan semula zaman kegemilangan.
 Kian hari umat semakin tenat. Ustad Shahul Hamid dalam ceramahnya minggu lepas berkata, sekarang bukan masa nak tegur lembut2 dah, umat kita dah parah. 


Dan orang-orang yang berjuang (berusaha sedaya-upaya) demi (mencari keredhaan) Kami (Allah), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Al-‘Ankabuut:69)

Bantulah agama Allah, necaya Allah akan membantumu.

men tulis ja apa yg ada,.. ada nak tambah, nak komen, komen laaa..


















Saturday, January 24, 2015

Kita yg dulu dan sekarang. Ada perubahan tak?

Merenung ke luar jendela,
lihat bintang di angkasa,
Bayu pagi meniup lembut,
purnama menerangi gelapku...

Sudah masuk tahun 2015, dan ada segelintir dari kalangan kita yg sudahpun memasuki usia 20 tahun. Lebih membanggakan, ada juga yg telah selamat berumah tangga. Alhamdulillah.

Pabila usia dan mendekat kepada dua dekat ini, macam2 rintangan, halangan, dugaan yg telah dan mungkin sedang lalui.

Sepertimana yg kita pernah belajar dalam Pendidikan Syariah kalau x silap saya, iman manusia ini meningkat dan menurun. Biasalah, namanya saja sudah manusia, tiada yg sempurna.
----------------------------------------------
Gunung Jerai

Perumpamaan proses iman kita utk meningkat itu bisa diibaratkan seperti kita sedang mendaki Gunung Jerai. Masih ingatkan anda betapa susahnya kita bersama-sama mendaki Gunung Jerai itu? Penat bukan? Nak daki pun ambil masa selama 4 jam kalau x silap

Tapi....

Masa nak turun tu, sangat senang. Dahla tak penat, pastu sat ja dah sampai bawah. Susah nak naik, senang nak jatuh.

"Katakanlah : Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yg Engkau kehendaki "

"Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. "

"Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

Ali-'Imran, 3 : 26

Allah berkuasa memuliakan hambaNya atau menghinakan hambaNya.
-------------------------------------
Pengajian Tinggi

Saya yakin dan pasti, persekitaran alam pengajian tinggi amat berbeza dengan persekitaran kita dahulu di alam persekolahan. Namun, janganlah sampai kita hilang terus nilai-nilai yg dipupuk di sekolah selama 5 tahun di situ. Mungkin banyak amalan sunnah yg kita amalkan di sekolah selama 5 tahun, kini sudah tidak diamalkan lagi. Tapi xpa, kenapa nak tengok masa lampau? Pandanglah kehadapan, agar terus maju dan maju.

”在家靠父母,出门靠朋友“

"Di rumah rapatlah dgn ibubapamu, di luar, rapatlah dengan temanmu."

Ingatlah, sebaik-baik sahabat adalah apabila kita memandang wajahnya, akan mengingatkan kita kepada kematian.

Akhir kata daripada saya, biar ubah tempat belajar, jangan ubah identiti kita sebagai pelajar SMKA. Banyakkan berdoa,

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami, setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, Sesungguhnya, Engkaulah Maha Pemberi Rahmat "
Ali-'Imran , 3 : 8

Saya juga tiada sempurna, tegurlah andai salah kata. Moga kalian terus berjaya.

Sekian,

Sabtu, 24 Jan 2015

Friday, January 23, 2015

Siapa Charlie Hebdo

23 Januari 2015/ 2 Rabi' akhir, Jumaat

Masjid Sultan Abdul Halim, Sg Petani

Khatib membicarakan soal Charlie Hebdo, sebuah penerbit majalah mingguan di Perancis yang memaparkan karikatur Nabi Muhamad saw. Charlie Hebdo ini pernah diserang pada tahun 2011 dan terbaru pada tahun 2015 gara-gara tindakannya menerbitkan karikatur Baginda saw.

Di saat Islam mulai bangkit di Eropah, ada pula pihak yang sengaja memburukkan imej Islam. Allahu.. Begitu banyak dugaan ,

Allah telah berfirman dalam surah Al-Taubah, terjemahannya,

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.

Jika mereka berpaling daripada keimanan, maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku ; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy(singgahsana) yang agung. "

----Al-Taubah, 9 : 128 & 129

Umat Islam tahu bagaimana susah payah Nabi Muhammad dalam menyebarkan dakwah yang akhirnya Islam berjaya sampai kepada kita hinga ke hari ini. Melihat "hero" mereka dihina oleh media Barat, mana mungkin mampu duduk berpeluk tubuh saja..

Namun..........

Berapa ramai umat Islam yang benar-benar tahu dan faham, siapakah dia Muhammad bin Abdullah yakni manusia yg paling berpengaruh di dunia sepanjang zaman?.......

Di Malaysia, kajian membuktikan bahawa seramai 12% kanak-kanak apabila ditanya cita-citanya, mereka menjawab mahu menjadi artis...."Boleh masuk tv," "duit banyak" "hensem, lawa"

Persoalannya, mengapa mereka memilih untuk menjadi artis kalau mereka sendiri sudah faham dan kenal siapa idola/hero yg patot mereka contohi?

Di sinilah peranan media massa.
Kalau hari-hari tengok tv, tengok superman, spiderman, batman, lepastu main game FIFA pulak, petang tengok Runningman, malam tengok bola, tengok Wrestling dengan abang, ... Jadi di mana masa mereka untuk mengenal siapa Muhammad bin Abdullah ?

Dulu aku tengok tv ada cerita Abang Sidi, cerita pasal sirah nabi, sekarang tak tahu la ada lagi ka tak cerita tu.. Makanya sekarang ni, ramai lagi orang yang x betul2 kenal siapa Nabi Muhammad. Termasukla aku sekali...

Tapi, kita kenalah usaha nak kenal Baginda saw. Baca sirah nabi, amal sunnah nabi.Kerana apa?

Allah berfirman,

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang"

Ali 'Imran, 3 : 31

"Ikutilah aku"... ikutilah sunnah nabi, banyak sunnah nabi yg kita boleh buat, sebab nabi pun manusia macam kita jugak..

Jaga wudhuk, utamakan tangan kanan, tidoq mengiring sebelah kanan, pakai wangi-wangian, kan ka sunnah semua tuu..

Bila ikut sunnah nabi, pasti Allah akan mengasihi kita. Tak cukup dengan tu, Allah ampun pulak dosa kita... Allahu.. begitu besar keuntungan yg kita dapat dgn hanya mengikuti sunnah Nabi saw.

Sekian,