<<catatan panjang>>
"tak pi Kashgar, tak dikira sampai xinjiang" haa.. kalau salah mai betulkan naa..
bobo.袁博
1. GEOGRAFI
Bersempadan dengan 5 buah negara :Pakistan, India, Krygyztan, Afghanistan, Tajikistan. *kalau salah bagitau*Jadi muka orang sini dah x nampak cina sangat, ala2 pak arab ada, ala2 india pun ada.
Merupakan 1/6 daripada keluasan seluruh China. Memang luas. Drpd gunung salji, sampai padang pasir semua ada.
MAJORITI penduduk yang saya jumpa.
-Bangsa : Uyghur (维尔族)
-Agama : Islam
-Bahasa : Uyghur (维语)
Tak ramai boleh berbahasa Mandarin.
Tidaklah rancak seperti bandar besar lain, bandar ni nampak macam negara arab zaman dulu2 pun ada.
Turun dari kereta api, bukan turun dekat stesen macam biasa, kena jalan sendiri cross railway nak ke jalan besar.
Majoriti penduduk beragama Islam, mudah mencari makanan halal. Pasar malam depan Id Kah Mosque setiap hari ada. Tapi, nasik susah sikit cari, bukan makanan ruji(主食) mereka. Mee sejuk banyak, TIPS : jangan cuba masa perut kosong nanti sakit perut.
Umur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk. Sedih kan? Biarpun begitu, biasanya setiap kali solat jemaah di Id Kah Mosque, jemaah mencecah 1000 orang lah. AllahuAkhbar!
Umur 60 tahun ke atas sahaja dibenarkan 'membela' jambang. Katanya menyerupai Osama Ben Laden. Misai nak bela tebai lagumana pun takpa. Sebab tu tengok muka depa semua macam set2 Pablo Mexico.
Bila bas/van/kereta nak pi isi minyak, penumpang semua kena turun, driver saja boleh masuk. Baru punya rule, takot orang bawak bomb.
Dilarang memiliki quran. Depa carik habis kat rumah. Apps? Kalau bangsa Uyghur ni, set polis suka random tahan depa, mintak ID card,mintak fon. Carik apa taktau la. Makanya, mereka belajar AlQuran secara rahsia. Subhanallah
Government-worker, DILARANG puasa. Lagumana nak larang posa? Time rehat depa bagi hang makanan suruh makan depan mata. Allahu.
10. COIN
Taktau paseipa, tapi coin tak laku kat sini.
Xinjiang famous dengan buah segar dan murah.
Tembikai sekilo 1元(rm 0.60). Murah ka dak saya pun taktau nak kata,
Tembikai susu dalam chinese (哈密瓜), Hamigua, ada satu tempat kat Xinjiang ni pun namanya Hami.
Kebanyakkan taxi, dia dah letak harga siap2 sblm ke suatu tempat, tak pakai meter lah kiranya. Katanya harga fixed lah kot. Standard lah mana pun sama ja kan. hiks
*Moga bermanfaat.
TURPAN, XINJIANG
CHINA
#rdX
Islam di China
Islam di Xinjiang
Peraturan pelik di Xinjiang, China